Hanya satu cara PAS boleh jadi kerajaan (Pendedahan penuh, dari PRU14-PRU16)
SourceAssalamualaikum. Di ruang komen ini, saya minta bantuan kerana saya ingin tahu dengan jelas sama ada terdapat audio atau tidak. Saya ada audio yang boleh dikongsi ramai-ramai. Sertai telegram saya, Regi Jesse Ritaudin. Anda boleh mencari Regi Jesse Ritaudin di telegram, dan di sana ada undian lanjutan. Anda boleh mengundi. Juga, pergi ke Facebook saya dan tekan butang subscribe, atau bagi mereka yang menonton di YouTube, boleh tekan butang subscribe atau butang member. Jika audio jelas, boleh tolong maklumkan kepada saya. Hari ini, ada penjelasan penuh. Banyak perkara yang mungkin anda tidak tahu. Saya akan ulangi beberapa perkara secara tertib, tetapi juga ada perkara-perkara lain yang ingin saya sentuh yang mungkin anda terlepas pandang. Ini adalah satu pendedahan penuh, dari PRU14 hingga PRU16.
Jadi, anda tonton sampai habis. Jika ada sebarang soalan, anda boleh bertanya di ruang komen. Satu perkara lagi, anda akan tahu apakah kerjasama terakhir yang saya jangka akan berlaku selepas PRU 16 dengan syarat-syarat tertentu. Satu-satunya cara Pas boleh jadi kerajaan adalah melalui satu cara sahaja. Jadi, jika anda ada soalan, anda boleh bertanya bermula sekarang. Untuk memahami dinamik Pas dengan UMNO sejak PRU 14, saya ingin membawa anda kembali kepada sebelum PRU 14. Pada masa itu, UMNO di bawah kepimpinan Najib diserang dengan teruk, bahkan dari dalam MCA, Pemuda MCA pun ada yang menyerang Najib. Kedudukan Najib agak lemah dalam UMNO sendiri dengan adanya serangan-serangan. Ini menunjukkan ada ketakutan dalam UMNO bahawa apa yang berlaku pada PRU 13 akan berulang, dan UMNO akan kalah lebih teruk. Maklumat risikan menunjukkan perkara itu. Untuk mengelakkan situasi di mana UMNO kalah pilihan raya atau Barisan Nasional kalah pilihan raya, Najib perlu memastikan UMNO tidak ditolak oleh ramai pengundi Melayu, lebih-lebih lagi apabila Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin telah mengilhamkan Parti Bersatu. Kemudian, Muhyiddin bergegas untuk terlibat secara langsung dalam pendaftaran Bersatu dan ingin menjadi presiden. Itu adalah kesilapan terbesar Tun.
Dan kemudian Bersatu telah mengorak langkah untuk bekerjasama dengan PH. Itu tidak dijangka oleh Najib. Jadi bila, dan saya tahu ini, dan saya tahu ini, secara faktanya, tidak dijangka oleh Najib. Tapi bila perkara itu sudah berlaku, sudah tentu undi Melayu akan pecah. Sebenarnya undi Melayu pada ketika itu dipecahkan menerusi kerjasama Bersatu dengan PH. Ramai Melayu tidak boleh terima, tetapi ada juga Melayu yang bila berfrasa dengan Najib, mereka melihat Tun Wangkuat Veteran. Ada Melayu juga yang bila berfrasa dengan Najib, mereka melihat Tun Veteran UMNO bersama dengan Bersatu. Maka ada yang boleh tutup sebelah mata terhadap kerjasama Bersatu dengan DAP kerana Tun. Sebab Tun.
Maknanya Tun kata ok, ok. Tapi bukan mereka pergi kerana PH. Mereka pergi sebab Tun. Jadi, undi Melayu pecah. Sekarang, Tun terpaksa melakukan perkara itu sebab katanya dia nak tumbangkan kerajaan pimpinan Barisan kerana dia kata Umno dah jadi Umno Najib, dan dah lari daripada perjuangan sebenar. Suara Tun itu dipersetujui oleh Muhyiddin, dan ini bukan Tun sahaja, ini satu kumpulan iaitu Tun, Muhyiddin, dan Mukhriz. Jadi, Muhyiddin nampak sepakat. Disebabkan Tun bersama Bersatu, Najib takut bahawa Umno akan kalah pada PRU14 dan nampak tanda-tanda tersebut.
Jadi, UMNO diserang oleh Bersatu, diserang oleh DAP, diserang oleh PKR kleptokrat, pencuri, penyangak, dan sebagainya. Dari dalam UMNO pun ada serangan, dari MCA juga ada kenyataan-kenyataan yang berbisa. Jadi, apa yang Najib lakukan? Dia berkata, berbaik-baik dengan PAS. Pada masa itu, sudah ada kerjasama tidak rasmi dengan PAS, kalau awak ingat, jadi mereka menjadi mesra. Seterusnya, Najib menggunakan PAS untuk meyakinkan orang Melayu bahawa dia tidak bersalah. Bagaimana ini dilakukan? Apabila kepimpinan PAS, tak payah sebut siapalah, mengeluarkan kenyataan mereka berpuas hati dengan penjelasan, tak silap saya, Arul Kanda. Pada masa itu, berhubung dengan 1MDB.
So, ini untuk cuba meyakinkan orang Melayu bahawa Najib ini tidak bersalah sebab PAS adalah satu parti Islam. Takkan dia tipu. Dan saya tahu mereka bersangka baik. Jadi, mereka kata mereka berpuas hati dengan penjelasan, tidak silap saya, Najib ke Arul Kanda. Jadi, Najib harap itu akan meredakan kemarahan.
Orang Melayu sebab Najib takut orang Melayu akan pergi sokong Bersatu di pakatan dengan Pakatan Harapan. Pada masa itu, Najib enggan parti Bersatu didaftarkan secara rasmi sebab takut orang Melayu akan pergi sokong Bersatu dan undi Melayu akan pecah. Najib takut. Kemudian, dia tidak berhenti setakat Pas keluar kenyataan bahawa mereka berpuas hati dengan penjelasan Alukad Arul Kanda. Tak cukup bagi Najib untuk bekerjasama dengan Pas pada PRU 14, tetapi Najib juga takut kalau contohnya Pas masuk ke dalam Barisan Nasional atau membentuk gabungan Muafakat. Dia bimbang sebab tidak tahu jika ada Melayu yang tidak puas hati. Oleh itu, kerjasama longgar dilakukan. Maknanya, di kerusi-kerusi tertentu sudah ada persetujuan. Kerusi ini bagi Barisan menang.
Kerusi itu bagi Barisan Menang. PAS menang sudah ada persetujuan, percaturan sudah dilakukan oleh Najib dengan PAS. Jadi sebenarnya, kerjasama PAS dengan Barisan adalah pertama kali, bukan berlaku pada langkah syaratan. Ianya berlaku pada PRU14 di bawah Najib dan Zahid pun setuju, Najib setuju. Jadi itulah kerjasamanya. Walaupun ada kerusi-kerusi, UMNO bertembung dengan PAS, tapi itu semua strategi. Nah, adakah strategi ini berjaya?
Ia sebenarnya dari satu sudut berjaya. Ada kerusi-kerusi tertentu. UMNO dapat kekalkan kerusi itu sebab kerjasamanya dengan PAS. Ada orang Melayu teruja dengan kerjasama itu. Kalau tidak ada kerjasama dengan PAS, UMNO pada PRU14 akan mengalami kekalahan yang jauh lebih teruk.
Dan Pakatan Harapan, termasuk Bersatu, akan berkaitan. Menang majoriti yang besar, tetapi sebenarnya Pakatan menang majoriti yang agak tipis, bukan tipis tetapi agak tipis sebelum akhirnya lebih ramai menyertai blok kerajaan. Kerjasama Najib dengan PAS telah menyelamatkan beberapa kerusi UMNO dan ini juga telah meningkatkan sokongan Melayu terhadap PAS. Sebab PAS ini, ia sentiasa menunjukkan peningkatan daripada tahun 80-an atau 90-an. Sebaik sahaja ia membentuk gabungan, Melayu teruja dan makin ramai Melayu meminggirkan UMNO dan pergi ke PAS.
So, PAS meningkat. Dan disebabkan UMNO juga meningkat sedikit, kekalahan Barisan Nasional memang teruk pada PRU ke-14. Tapi tidak seteruk jika tidak ada kerjasama dengan PAS. Namun, apapun, kita perlu katakan bahawa kerjasama itu tidak berjaya. Ia hanya menyelamatkan Barisan Nasional, jadi kita berhenti di situ. Maknanya, pada PRU ke-14, UMNO melutut kepada PAS, dan PAS menjadi kingmaker atau berpotensi menjadi kingmaker. Namun, skandal 1MDB terlalu besar sehingga ada orang Melayu yang teruja dengan kerjasama antara PAS dan UMNO, tetapi ada juga orang Melayu yang tidak menyokong kerjasama tersebut.
Tapi ada Melayu yang tak boleh terima. Dia nampak Tun belah sana, dia pergi ke Halor Tun. Jadi, Tun secara langsung atau tidak langsung telah pecahkan undi Melayu kerana nak tumbangkan Najib dan dia sanggup kerja sama dengan musuhnya sampai sanggup keluarkan kenyataan DAP dah berubah, okey? Okey? Ini Tun yang kata, ya, bukan saya yang kata, tetapi Tun ada sebablah dia nak tumbangkan Najib. Jadi, walaupun ada Melayu teruja, tetapi bukan tidak berlaku gelombang pengujaan yang besar.
Sebab ada yang marah dengan Najib, walau apa sekalipun, Najib sedar PAS adalah kingmaker, jadi dia melutut kepada PAS. Mengapa dia melutut kepada PAS? Sebab pada masa itu dia bukannya PH, Barisan, Perikatan dan Sabah Sarawak, tak ada pada masa itu. Perikatan dan Sabah Sarawak, tak ada. Pada masa itu, Perikatan tak wujud. Jadi, ianya hanya PAS; PAS adalah satu parti dengan sendirinya. Bila PAS adalah parti dengan sendirinya, UMNO sudah bersama Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak pada masa itu sebahagian daripada Barisan Nasional. Jadi, tidak wujud blok Sabah dan Sarawak.
Dia memang Barisan Nasional. Jadi yang wujud ialah Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Jadi PAS adalah parti kecil, parti yang berasingan. Jadi, dia menjadi kingmaker. Sebab Barisan pada masa itu adalah lawan kepada Pakatan Harapan.
Jadi apabila awak berlawan secara berasingan, sesama sendiri, jika parti ketiga itu adalah kingmaker kuasa ketiga, maka pada PRU14 PAS berpotensi menjadi kuasa ketiga. Namun, ia tidak berjaya kerana Persatu telah menyerap masuk ke dalam Pakatan Harapan dan orang Melayu terpecah ke sana. Akhirnya, Najib melutut kepada PAS tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Sekarang, selepas PRU14, UMNO yang dipimpin oleh Mahathir menjadi Perdana Menteri. Jadi, UMNO telah sedar, Zahid sudah tahu bahawa untuk menjaga umat Melayu Islam, Najib perlu duduk tepi. Jika bukan kerana faktor Najib, jika pada PRU14 ketika Zahid menjadi Perdana Menteri dan Najib bercuti pada masa itu, mereka akan bekerjasama dengan PAS. Faktor kemarahan Melayu Islam akan hilang, mereka tidak akan lari ke Bersatu, mereka akan teruja, dan UMNO dengan PAS akan berjaya mengekalkan kedudukan dalam kerajaan Barisan Nasional akan menang. Tetapi Najib tidak mahu berundur, Najib percaya bahawa dengan bekerjasama dengan PAS, UMNO akan terselamat. Oleh itu, percaturan Najib adalah salah.
Perhitungan Najib silap. Selepas PRU 14, Najib meletak jawatan, sudah terlambat. Tapi apapun, apabila Zahid mengambil alih, Zahid tahu kerjasama UMNO dengan PAS akan menguja Melayu. Tanda-tanda itu sudah dilihat pada PRU 14. Jadi, Zahid juga tahu pada masa itu dia sudah dikenakan tindakan mahkamah, jadi jika dia menerajui usaha untuk membentuk Muafakat Nasional, sukar untuk menarik balik sokongan Melayu dari Bersatu. Oleh itu, dia bercuti sementara dan membiarkan Tok Mat Hassan melakukan kerja itu. Tok Mat Hassan memang cekap dan orang Melayu sudah mula menyukai kerja yang dilakukan oleh Tok Mat Hassan.
Jadi Tok Mak Hassan memang cakap dan orang Melayu dah mula suka Tok Mak Hassan. Saya pun dah mula suka Tok Mak Hassan. Jadi Tok Mak Hassan memulakan kerja-kerja untuk menjalin hubungan lebih rasmi bersama PAS menerusi pembentukan Muafakat Nasional. Dan Tok Mak Hassan berjaya. PAS suka Tok Mak Hassan.
Dia tak mahu Zahid. Dia suka Tok Mak Hassan. Tapi bila dah nak sampai pembentukan Muafakat Nasional, ada satu ketika di atas pentas, tiba-tiba Zahid muncul. Tok Mak Hassan sendiri tak tahu. Kemudian Zahid muncul dan dia tolak Mahasan ke tepi dan Zahid, kalau dulu dia kata dia nak bercuti, dia nak tumpu kepada kes mahkamah, tiba-tiba Zahid menerajui pembentukan Muafakat Nasional bersama PAS. Of course, PAS tak boleh kata apa, jadi mereka berpeluk-pelukkan. Namun, Melayu teruja sampai menangis. Sokongan Melayu dan Islam pada ketika itu memang sudah pergi ke arah Muafakat Nasional, dan mereka sudah lihat benda ini. PAS dengan UMNO sudah tahu Muafakat Nasional adalah formula untuk masa depan. Masa itu, bersatu bersama dengan Pakatan Harapan, maknanya kalau PRU 15, Muafakat Nasional berdiri sebagai satu gandingan, memang dia akan dapat undi Melayu majoriti.
Dan Sabah dan Sarawak akan ikut UMNO. Jadi memang akan terbentuk kerajaan UMNO yang akan berkata. Bentuk kerajaan bersama PAS itu sudah pasti, tetapi PRU 15 lambat lagi. UMNO tidak sabar jika Muafakat Nasional pada masa itu diteruskan dan mereka tidak cuba untuk tumbangkan Pakatan Harapan. Maka, anda boleh percayalah PAS akan setuju Zahid jadi Perdana Menteri. Sebab apa? Sebab PAS sudah tahu bahawa mereka perlukan UMNO, bukan UMNO perlukan PAS. Mereka perlukan UMNO sebab UMNO sudah jatuh, jadi UMNO tidak akan rugi. Mereka boleh pergi ke mana sahaja atau mereka boleh duduk seorang, tetapi mereka tahu mereka perlukan UMNO. Oleh itu, saya tidak mahu rumitkan perbincangan dengan membincangkan siapa yang perlukan siapa pada masa itu. Jadi, pokoknya UMNO dengan PAS mereka sudah tahu. Melayu Islam akan teruja pada PRU 15, Muafakat Nasional akan berlaku gelombang besar. Tetapi, UMNO dengan PAS tidak sabar.
Pada masa itu, tengah berlaku satu perbincangan. Sekarang, tiada mana-mana parti boleh tuduh parti lain, oh, mereka sedang merancang di belakang, tetapi. Sebab semua terlibat. Ada wakil dari PKR, ada wakil dari Bersatu, ada wakil dari PAS, ada wakil orang itu.
Yang berbincang. Berbincang jajaran seterusnya. Dalam penggal, Tun menjadi Perdana Menteri. Wakil Tun pun ada. Mereka berbincang.
Dalam perbincangan itu, idea-idea tersebut tiba-tiba dibawa oleh Muhyiddin. Dan Muhyiddin memberitahu dalam Bersatu. Dia memberikan kata putus. Dia memberikan kata dua. Tun setuju?
Tak setuju? Akhirnya mereka nak bawa Bersatu keluar, maknanya Muhyiddin bersedia untuk pijak Tun. Kini, mengapa Muhyiddin perlu berbuat demikian? Dia bersetuju kalau Bersatu keluar kerjasama dengan Zahid, yang pada masa itu menghadapi kes dan PAS untuk tubuh kerajaan baru bersama Azmin Ali dan beberapa MP PKR. Dia bersetuju. Beritahu akhir, maaf ya ada gangguan, dia bersetuju tidak kira Tun setuju atau tidak setuju, kita akan buat. Maknanya, dia sanggup pijak ketua dia. Tiba-tiba, Muhyiddin jadi terdesak. Tun, logiknya mudah; kita lakukan semua ini kerana kita terpaksa pecahkan undi Melayu, bukannya sebab kita mahu. Kita terpaksa berbuat demikian kerana kita nak jatuhkan.
Kleptokrat jadi tak logik jika jajaran baru itu melibatkan kleptokrat. Jajaran baru itu melibatkan perbincangan dengan kleptokrat, itu mudah logik. Tun mudah was-was, dia tak mahu, tetapi Muhyiddin kata dia sanggup. Muhyiddin tahu Tun tak akan setuju kerjasama dengan Zahid, jadi di situ ada peluang bagi Muhyiddin. Daripada menghormati prinsip Tun, dia sanggup pijak Tun. Itulah keringnya Muhyiddin dan terdesaknya nak jadi perdana menteri. Sebab itu alasan yang Muhyiddin beri selepas itu; keadaan dah terjadi. Jadi, saya untuk selamatkan keadaan, saya nak jadi perdana menteri; itu semua mengarutlah. Terima kasih kerana menonton!
Bila Tun tanya Muhyiddin, dia kata saya sanggup bekerjasama dengan Zahid. Okay, jadi Muhyiddin nak jadi Perdana Menteri. Idea-idea yang dibincangkan ini Muhyiddin ambil, kemudian Azmin setuju untuk keluar bersama 10 MP. Kemudian Zahid setuju untuk bekerjasama, PAS setuju untuk bekerjasama untuk tumbangkan kerajaan pimpinan Tun, dan PAS pun tahu Tun takkan setuju. Okay, dan mereka telah menidakkan majoriti Tun. So, bila dia menidakkan majoriti Tun atas nasihat peguam, Tun berkata kita kena ikut Perlembagaan Persekutuan. Walaupun Agung kata tak payah letak jawatan, tapi Tun nak ikut, letak jawatan dulu, kemudian bincang, kemudian tentukan. Jadi Tun letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Okay, nah alasan-alasan yang diberi oleh orang-orang dalam Bersatu, di dalam, ya, bukan di umum. Sebenarnya kita kena halang Anwar mungkin jadi Perdana Menteri. Itu semua mengaut. Sebabnya kalau Azmin, kalau Bersatu kekal bersama Pakatan Harapan, Anwar tak boleh nak cantah. Sebab apa? Anwar tak dapat majoriti. Dia tak dapat majoriti pada masa itu. Dan Yang di-Pertuan Agung pun tak mahu Tun letak jawatan. Itu habis cerita. Bercerita ok, jadi tiada cara kerajaan boleh tergugat. Tambah pula, siapa Menteri Dalam Negeri? Muhyiddin Yassin. Siapa Perdana Menteri?
Tun, jadi kawalan kerajaan di bawah siapa? Bersatu menjadi apa pun, Muhyiddin boleh bincang dengan Tun cara terbaik. Kalau dia pun nak buat jajaran baru, Muhyiddin boleh bincang dengan Tun cara terbaik. Tapi, Muhyiddin nak membuat langkah tiba-tiba. Dan itu pun dengan Zahid. Muhyiddin tidak berwawasan.
Dia tidak boleh membaca 10 langkah ke hadapan seperti itu. Penjelasan selepas ini, anda akan tahu mengapa Muhyiddin tidak mempunyai kemampuan untuk mencatur ke hadapan sehingga Muhyiddin sendiri menjadi penyebab berlakunya kemelut politik yang kita hadapi sekarang. Dia tidak bijak. Jadi, dia fikir secara jangka pendek. Saya keluar, saya akan jadi Perdana Menteri.
Umno akan perlukan saya. Itu kesilapan. Bila Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan, sekarang ada Parti Bersatu, ada Parti Pas, ada Parti Umno. Jadi, Muhyiddin sudah melihat Umno bekerjasama dengan Pas, buang fakta Nasional, orang Melayu teruja. Jadi, cepat-cepat, Muhyiddin pergi pujuk Pas untuk bekerjasama dalam Perikatan Nasional. Orang Melayu teruja, jadi cepat-cepat Muhyiddin pergi pujuk Pas untuk wujudkan Perikatan Nasional. Namun, Pas juga tidak berwawasan dan tidak dapat melihat 10 langkah ke hadapan. Bagi Pas, siapa yang memegang jawatan Perdana Menteri?
Muhyiddin, siapa yang mempunyai kemampuan dari sudut pendanaan dan sumber-sumber, semua ada di tangan Muhyiddin. Jadi, jika mahu membentuk gabungan, utamakan gabungan dengan Bersatu terlebih dahulu. Apa yang PAS lakukan? PAS pergi kepada Bersatu untuk Perikatan Nasional bersama Muhyiddin dan terus menjadi ahli Perikatan Nasional. Jadi, Perikatan Nasional kini mempunyai keahlian Bersatu dan PAS. Kemudian, mereka menunggu UMNO untuk masuk. Sudah tentu UMNO melihat perkara ini dan merasa marah. Kenapa UMNO marah? Sebab apa? Asalnya, UMNO mahu membentuk Muafakat Nasional dengan PAS. Kemudian, Muafakat Nasional terjebak dalam peribadi.
Yang bukan PAS, bukan UMNO, tetapi Muafakat Nasional duduk dalam Perikatan Nasional. Kemudian, Bersatu masuk, dia jadi Bersatu campur Muafakat Nasional duduk bawah Perikatan. Apa bezanya? Sebab dari satu sudut, awak akan kata, reginya sama saja. Nama saja Muafakat Nasional, tetapi dia ada PAS, UMNO, dan Bersatu, di bawah Perikatan Nasional.
Kalau tak ada Muafakat Nasional pun, dia adalah PAS, UMNO, dan Bersatu, di bawah Perikatan Nasional. Perikatan Nasional, oh, ada beza besar sebab apa? Bersatu adalah UMNO 2.0, lebih kurang seperti UMNO. Jadi, kalau UMNO dan Bersatu duduk dalam Perikatan Nasional sebagai parti, UMNO dan Parti Bersatu, orang Melayu akan teruja melihat Perikatan Nasional dan Parti Bersatu. Orang Melayu akan teruja. Okey, orang Melayu lihat dalam Perikatan Nasional ini ada Bersatu, ada UMNO, ada PAS, ya?
Akan teruja. Kalau masuk PRU 15, memang akan menang besar. Saya rasa boleh sampai 90% Melayu bersama dengan Perikatan Nasional. Tapi, yang paling untung ialah PAS. UMNO dengan Bersatu akan untung juga, tapi undi Melayu yang sokong UMNO dengan Bersatu akan berpecah.
So, manfaat UMNO menerusi formula ini akan kurang. Sebaliknya, jika UMNO dan PAS tubuh Muafakat Nasional dan kemudian Muafakat Nasional sebagai satu entiti masuk Perikatan, dan kemudian Bersatu, manfaat PAS ini akan dikongsi oleh UMNO, dan kemudian Bersatu akan dapat manfaat juga tetapi ia lebih kecil. Oleh sebab itu, bila PAS tiba-tiba bersetuju untuk menjadi ahli Perikatan Nasional dan mengajak UMNO masuk, UMNO tidak mahu. Sebab itu, UMNO berkata kami berkecuali; kami hanya duduk dalam kerajaan menerusi MP-MP Najib yang buat kenyataan, ingat tak? Jadi, UMNO malahlah. Sekarang bila UMNO duduk berkecuali, apa yang kita ada? Kita ada Perikatan Nasional iaitu Bersatu dengan PAS. Kita ada Pakatan Harapan. Kita ada.
Sabah dan Sarawak. Sebab Sabah dan Sarawak dah keluar Barisan Nasional. Dan kita ada UMNO. Barisan Nasional kira UMNO lah. Sebab MCA dah teruk.
Jadi, UMNO pandai. Bila dia berbuat demikian, UMNO jadi kingmaker. Mengapa UMNO jadi kingmaker? Sebab sekarang, UMNO tahu, Muhyiddin nak jadi Perdana Menteri. Zahid tak boleh jadi Perdana Menteri.
Dan selagi ada Muhyiddin, Muhyiddin tidak mahu naikkan Zahid menjadi Timbalan Perdana Menteri walaupun Zahid pada awalnya kata dia sanggup bekerjasama dengan Zahid. Namun, dia tidak mahu memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Zahid. Dia sanggup, tetapi dia tidak mahu. Oleh sebab itu, dia membuat alasan bahawa dia memang tidak mahu timbalannya dan mencari empat menteri kanan. Ini untuk mengelakkan daripada melantik Zahid. Jadi, sudah tentu UMNO duduk bersendirian. Bila mereka duduk bersendirian, maka Perikatan Nasional sentiasa perlu melutut kepada UMNO. Kerana jika UMNO tiba-tiba keluar daripada gabungan kerajaan, kerajaan akan runtuh. UMNO boleh pergi ke hala Pakatan Harapan.
Sabaran Sarawak akan ikut UMNO. Jadi, UMNO menjadi kingmaker. UMNO menjadi kuat. Kemudian, UMNO tahulah, Zahid tahulah. Zahid berwawasan.
Muhyiddin tak nampak benda ini. Dia tak sedar benda ini. Dan mungkin dia tak percaya UMNO akan bersetuju untuk kerjasama dengan PH. Mungkin dia terlalu yakin benda ini takkan jadi. Jadi akhirnya, apa yang UMNO buat?
Dia dah tahu dia berkuasa. Jadi, dia buat apa? Dia bercatur untuk jatuhkan Muhyiddin. Mengapa UMNO berani berbuat begitu? Sebabnya, kalau awak jatuhkan Muhyiddin, okey?
Awak jatuhkan Muhyiddin, kerajaan runtuh. Ada risiko tiba-tiba PH akan naik. Muhyiddin tahu Zahid ini kawan baik Anwar; dia akan sanggup bawa Barisan Nasional pergi ke sana. Dia tahu, dan dia juga tahu Sabah dan Sarawak akhirnya akan ikut. Dia tahu pada masa itu walaupun UMNO sekutu, Zahid tidak boleh yakinkan, tetapi dia boleh yakinkan cukup MP. Anyway, apa yang Muhyiddin akhirnya buat? Muhyiddin dihina oleh UMNO. Dia ditumbangkan oleh UMNO. Tapi dia sendiri bekerjasama balik dengan orang-orang yang tumbangkan dia untuk naikkan seorang Perdana Menteri dari UMNO, iaitu Ismail Sabri. Ini adalah bukti bahawa Muhyiddin dan PAS serta Bersatu sedar bahawa UMNO adalah kingmaker. Dia kena melutut kepada Zahid, cuma mereka tidak setuju Zahid jadi Perdana Menteri. OK, korang dah tumbangkan saya, tak apa kita akan sokong Ismail Sabri, janji bukan Zahid, dan janji Zahid tidak jadi walaupun sebagai Timbalan Perdana Menteri. Jadi, akhirnya Ismail Sabri jadi Perdana Menteri dan Zahid tidak jadi walaupun sebagai Timbalan Perdana Menteri.
So akhirnya Ismail Sabri jadi Perdana Menteri dan Zahid tidak sampai jadi Timbalan Perdana Menteri. Menteri Zahid marah ke? Of course marah kalau saya Zahid, saya marah ok tapi Bersatu Muhyiddin dia tahulah perlu UMNO. So apa yang berlaku, Zahid pergi bincang lah dengan UMNO, pergi bincang lah dengan Pakatan Harapan dengan rakan mereka iaitu Anwar. Dah hubungan Zahid dengan beberapa pemimpin DAP pun agak mesra. Daripada zaman banjir Pulau Pinang, sebelum itu dan sebagainya. Guan Eng mesra so bincang dan kemudian sudah putuslah nak buat jajaran politik baru. Sebab Zahid akan fikir kalau saya kerjasama pada PRU 15 dengan Perikatan Nasional, memang Melayu akan teruja. Tapi undi Melayu PAS yang paling banyak dapat. Bersatu dengan UMNO terpaksa kongsi saki-baki pengundi sebab UMNO bersaing dengan Bersatu.
Itu pun bersatu dengan pas duduk dalam Perikatan Nasional dan mereka tidak akan setuju saya menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kerana Muhyiddin ingin menjadi Perdana Menteri dan Muhyiddin tidak akan setuju saya menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Jadi, kalau saya Zahid, sudah tentu saya menjadi bodoh jika bekerjasama dengan Perikatan. Jadi, ada perjanjian tidak rasmi dengan Pakatan Harapan, jajaran politik baru, melibatkan PH dan Barisan Nasional. Jadi, mereka masuk PRU 15, UMNO sebenarnya tidak kisah sangat sama ada menang besar atau menang kecil, itu tidak penting sebab akhirnya selepas PRU 15, Zahid tahu dia boleh paksa MP MP untuk sokong Pakatan Harapan sebab dia buat satu aku janji melibatkan satu bond 100 juta. Jadi, MP MP lepas itu tidak berani walaupun mereka marah Zahid menipu, dia buat mesyuarat, dia kata kita akan berkecuali tetapi kemudian ada warganegara rahsia walaupun dia bermarah buat mesyuarat menengking sampai MCA suruh dia letak jawatan, tetapi akhirnya mereka tidak dapat buat apa-apa. Dan jika kau jumlahkan kerusi Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Sabah dan Sarawak, Sabah dan Sarawak akan ikut Zahid. Awak sudah lihat, ya akhirnya mula-mula sahabat nak Muhyiddin kan? Akhirnya, mereka pergi kepada Zahid kan. Mereka ikut Zahid. Mereka ikut UMNO.
Barisan Nasnah. Okay. Jadi, apabila anda jumlahkan, memang majoriti ada di Pakatan Harapan. Jadi, SD-SD ke apa ke, 115 sudah jadi tidak relevan. Itulah ceritanya, UMNO sebagai kingmaker telah membantu Anwar jadi Perdana Menteri dan akhirnya, Anwar telah menaikkan Zahid jadi Timbalan Perdana Menteri walaupun Zahid mempunyai kes. Walaupun Anwar berkata hendak melawan rasuah, Anwar dan dua hingga tiga lagi watak dari Pakatan Harapan mendedahkan hitam putih penglibatan Zahid dalam skandal.
Sia-sia. Semua itu buang tepi. Dia pun naikkan Zahid jadi tipik. Benda yang tidak boleh dikecapi oleh Zahid dalam Perikatan Nasional. Jadi Muhyiddin tidak jadi Perdana Menteri.
Benda ini Muhyiddin tidak mampu baca. Benda ini Muhyiddin tidak mampu baca. Kalau kita pergi balik dan sebelum langkah syarat dan benda ini semua tidak terjadi dan Tun masih menerajui Bersatu, benda ini tidak akan terjadi. Tun boleh baca semua ini, ok. Jadi, Muhyiddin tidak mampu melihat ke hadapan dan Muhyiddin buat kering dengan Tun selepas Bersatu keluar. Tun kekal dengan Pakatan Harapan sebab dia Pengerusi Pakatan Harapan dan dia ada tanggungjawab terhadap Pakatan Harapan untuk tidak bekerjasama dengan klub Tun. Apa yang Muhyiddin buat? Dengan kering, dia gugurkan keahlian Tun daripada Bersatu dengan alasan Tun masih duduk dalam blok pembangkang, walhal Muhyiddin yang pijak Tun.
Jadi itulah hati kering Muhyiddin. Dan sudah tentu, orang-orang lain dalam Bersatu ini, mereka yang mementingkan kedudukan dan kuasa mereka tidak berani untuk menentang, ya setuju, Tun tidak mahu mendengar, jadi mereka ikut rentak Muhyiddin lah. Malangnya, mereka semakin sedar sekarang bahawa Muhyiddin ini adalah seorang perancang yang sangat teruk. Semuanya jadi kacau.
Baiklah. Jadi, itu cerita mengapa UMNO tidak puas hati dengan PAS dan Bersatu. Sebab UMNO bersekutu dengan Bersatu. Kenapa? UMNO berdiri seorang diri.
Sebab Zahid dah tahu UMNO akan jadi kingmaker. Zahid tahu kalau UMNO kena teruk. PRU 15 pun asal Zahid menang kerusi dia, Anwar akan jadi Perdana Menteri dan lepas itu UMNO tak kisah kalau ramai Melayu pinggirkan dia. Yang berlaku di pilihan raya 6 negeri, PAS teruja, Bersatu teruja tengok. Lepas PRU 15, saya pun sebenarnya pada awalnya teruja. Makin ramai Melayu, lebih ramai beralih ke Perikatan Nasional. Kita jadi makin kuat, kita dah kumpul orang Melayu. Teruja kan? Itu tak akan bawa apa-apa hasil. Kalau PRU 16 awak kumpul 85% Melayu sekalipun, tanpa sokongan bukan Melayu, awak tidak akan bentuk kerajaan asal UMNO tetap bersama Pakatan Harapan. Dan sekarang mereka dah declare PRU 15, mereka hanya declare beberapa hari selepas PRU 15 bahawa kami nak bentuk kerajaan dengan PH.
Dia memaklumkan kepada Agong. PRU 16, UMNO akan masuk pilihan raya dengan deklar awal-awal bahawa UMNO bersama PH, bersama Sabah dan Sarawak. Jadi, selepas PRU 16, kita tidak hanya mengira kerusi PH sahaja. Kita akan mengira kerusi PH, kerusi UMNO, kerusi MCA, kerusi MIC, kerusi Sabah, dan kerusi Sarawak. Memang, UMNO terus jadi Perdana Menteri dan UMNO menjadi kingmaker.
Dan kita sudah tahu tentang Perikatan Nasional sendiri. Lepas langkah Sheraton, pada langkah Sheraton, dan lepas langkah Sheraton. Memang kita tahu UMNO KIMMAKER. Mereka sentiasa melutut kepada UMNO bila Muhyiddin dihina. Digulingkan, Muhyiddin pergi balik dan berkerjasama dengan orang yang menggulingkan dia. Sebab apa?
Dia tahu Perikatan Nasional nak kekal dengan kerajaan terpaksa melutut kepada UMNO. UMNO bijak, dia tak nak masuk Perikatan, dia duduk berasingan. Dia nak jadi kingmaker. Jadi sekarang, kalau nak masuk PRU 16 sekali lagi, jika Perikatan nak jadi kerajaan, terpaksa melutut ke UMNO. Untuk melutut ke UMNO, Muhyiddin tak boleh jadi PM, dia tak boleh jadi poster boy. Jadi, jawatan TPM sudah ada dengan Zahid, awak tak boleh beri dia jawatan TPM. Zahid pun akan sentiasa bersama PH sebab dia sudah terguris dengan korang-korang yang tidak mahu memberi apa-apa kepada saya. Dengan mereka, saya jadi Timbalan Perdana Menteri dan UMNO tidak akan rugi jika terus bersama PH. Sebab apa? Dia telah cari satu formula dan berjaya menggunakan formula ini di Mahkota di mana mereka telah guna strategi jentera perpaduan. Akhirnya mereka dapati formula atau strategi jentera perpaduan berjaya apabila pengundi Cina nampak DAP dengan MCA berkempen bersama. Pada PRK Mahkota, pengundi Cina teruja, suara mereka sudah kuat. Jadi, mereka telah sokong calon UMNO buat kali pertama selepas hampir 16 tahun. Seketika penyokong PH telah sokong calon UMNO. Jadi, saya sudah berulang kali beritahu, benteng pemisah antara pengundi tradisi PH dengan Barisan Nasional sudah dipecahkan di Bahagian Kota. Jika benda itu dapat diulangi.
PRU-16, UMNO akan meningkat beberapa kerusi dan MCA juga akan meningkat beberapa kerusi. Jadi, duduk bersama PH pun UMNO tak rugi sebab UMNO tahu untuk menjadi kerajaan, awak tak boleh pinggirkan bukan Melayu. Jadi, UMNO tak rugi. Kemudian, selepas PRU-16, jika mereka terus bersama PH, pada masa persempadanan semula, Barisan boleh tuntut sekurang-kurangnya 20 kerusi. Mereka boleh tuntut daripada Bersatu dan sebagainya, pecahkan kawasan Bersatu dan akhirnya Barisan Penyelesaian. PRU-17 boleh meningkat sehingga 60 kerusi. Bersatu akan terkena teruk, PAS juga akan terkena teruk. Jadi, tidak rugi pun. Cuma, lagi lama Zahid nak jadi Perdana Menteri, pada PRU-17 bolehlah jadi Perdana Menteri sebab Barisan sudah cukup kuat. Dia boleh memberi kata putus kepada Anwar dan dia lebih kuat daripada Bersatu. Malah, saya tidak terkejut jika Bersatu sudah tidak ada pada masa itu.
Cuma kalau Perikatan tak mahu tunggu lama, jadi dia ada satu cara. Dia dah tahu dia kena melutut sebab Perikatan dah pilih takdir dia, bukan ditakdirkan. Perikatan tak boleh dapat sokongan Melayu; dia sendiri pilih takdir dia. Dia tak mahu berubah untuk tarik bukan Melayu. Naratif dia hanya bertumpu kepada agama, bangsa, dan negara serta retorik-retorik yang panas, yang ekstrem atas isu-isu remeh berkenaan dengan isu bendera dan sebagainya. Dia tak akan dapat undi bukan Melayu, jadi dia dah pilih takdir dia. So, bila awak dah pilih, awak tahulah, awak kena melututkan UMNO, melututkan Zahid. Dan awak satu-satunya cara Zahid akan kerjasama ialah jika Zahid diberi jawatan Perdana Menteri. Saya percaya ada pihak-pihak yang telah berbincang tentang benda ini dan mungkin ia dari PAS sebab PAS dah buka mata. Saya difahamkan ada ramai yang dengar pencerahan saya. It's logic apa yang saya cerita, bukannya saya cuba cerita step by step. It's very, very clear, jelas, logik. Ini bukan saya sokong dan bukan saya suruh lepaskan kerjasama dengan UMNO atau saya minta Zahid kerjasama. Tidak, saya tak cuba bantu siapa-siapa, saya tak harapkan pun apa-apa. Saya cuma ketengahkan logiknya supaya orang Melayu sedar bahawa mata awak telah dikaburi untuk sekian lama. Bila mereka laungkan retorik, "Yeh, Melayu dah bersama kita, kita dah kuat, jadi kita akan menang," itu semua tidak ada makna.
Kuat Melayu macam mana pun, sampai 90%. Pun bersama Perikatan, awak takkan jadi kerajaan. Mungkin 90%, saya tak pasti, tapi 85% pun awak takkan jadi kerajaan. Jadi, tetapi bila teruja, orang Melayu tak fikir, "Eh, tunggu sekejap, sebenarnya kita tak boleh. Kita kena melutut juga kan UMNO, sebab kita tak ada sokongan bukan Melayu, dan Sabah dan Sarawak akan ikut UMNO." Dan asalkan UMNO masih bersama PH, PH akan terus jadi kerajaan. Atau penyatuan Melayu, PAS kena bersama Bersatu. Awak lupakah Muafakat Nasional? Awak lupakah?
Kalau awak bandingkan perjuangan Melayu masa mufakat, ia lebih hebat. Tapi semuanya rosak bila bersatu selepas langkah syaratan. Jadi, bersatu dengan badan bukan satu-satunya cara untuk menyatukan. Tidak wujud pun istilah penyatuan Melayu; itu satu pembohongan. Kalau penyatuan Melayu, pemimpin-pemimpin yang bertelagah pun kena duduk di meja muzakarah untuk bincang nasib umat, tolak pergeseran tepi. Maknanya, kena ada amanah, kena ada PKR, kena ada semua. Jadi, tidak ada istilah penyatuan Melayu dan majoriti Melayu dah lama bersama PAS. Mereka teruja dengan laungan penyatuan, tetapi mereka lupa fikir, “Eh, sebenarnya kita dah lama bersama mereka.” Tapi apa? Awak diperkudakan laung-laungkan benda itu seolah-olah kita tidak bersedia, sedangkan merekalah yang bermasalah. Itulah cara mereka mengaburi mata sehingga awak tidak nampak bahawa Perikatan sentiasa melutut kepada UMNO. Jadi sekarang, jalan dia satu je, Perikatan kena kembali dan melutut kepada UMNO.
Perikatan kena balik, PAS kena balik kepada asas. Kena keluar Perikatan Nasional. Tambah lagi, bau-bau ini dalam 2-3 hari ini dah nampak Muhyiddin bermaharaja lela. Bagi saya, biadab terhadap PAS. Dia dah terdesak, dia dah tertekan, dan dia dah tahu ada penolakan terhadap dia dalam Bersatu dan juga dari PAS. Hubungan antara PAS dengan Bersatu teramat renggang. Hari ini saya beritahu kepada umum, hubungan mereka teramat renggang. Sampai Harakah, dalam 3-4 hari ini, tidak disuarakan oleh Muhyiddin atau Bersatu pun tak dibawa.
Awak pergi ke Harakah, awak tengok sendiri. Tak ada. Dah renggang. Sampai ada kumpulan dari PAS pun datang jumpa saya. Saya tak tahulah.
Mungkin, sudah tentu, kepimpinan tinggi mungkin tidak tahu. Mungkin kumpulan ini datang atas inisiatif mereka sendiri. Mereka datang untuk bertanya kepada saya kerana kononnya mereka ingin mencari jalan untuk menyampaikan apa yang saya beritahu kepada kepimpinan atas. Namun, saya beritahu mereka bahawa ada orang yang sedang menonton, jadi jangan bimbang.
So, kena kembali kepada asas. Jika PAS sudah menakdirkan diri mereka sendiri untuk tidak mahu berubah dan mencari sokongan bukan Melayu, dan sekarang memang tiada masa, maka mereka sudah tahu mereka perlu melutut kepada UMNO. Jadi sebenarnya, ada orang-orang dalam PAS pun sudah tahu Zahid harus menjadi Perdana Menteri. Ini bukan kerana saya nak Zahid jadi Perdana Menteri. Ini bukan kerana saya tidak mahu Zahid menjadi Perdana Menteri. Ini bukan objektif hidup saya. Objektif hidup saya bukannya untuk menjadi juara Zahid, juara Muhyiddin, atau juara sesiapa pun.
Objektif saya adalah untuk membuka mata anda kepada realiti semasa. Itu saja. Kalau awak tanya saya, saya mahu pembangkang terus berfungsi sebagai pembangkang, Anwar terus menjadi Perdana Menteri sehingga sama ada penggal penuh Parlimen ke-15 atau sehingga Parlimen dibubarkan atas nasihat Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong. Sementara itu, Perikatan memperkukuhkan perjuangannya.
Itu yang saya mahu. Setiap orang memainkan peranan masing-masing. Jadi, itu saya. Tetapi, kalau awak tanya saya, apakah hal tuju yang harus diberikan kepada pas? Dan itulah yang Allah tanya kepada saya.
Maka saya beritahu dengan mudahlah. Anda perlu bercerai daripada Bersatu buat masa ini. Muhyiddin sudah bermaharajalela sebagai Mursyidul Am Pas, parti terbesar dari sudut kerusi di tanah air ini. Bersatu melawan Pas sekarang, beza besar; Bersatu kini berkuasa atas ehsan Pas sebenarnya. Dulu, mereka berkuasa kerana mereka berjaya memecahkan undi Melayu kerana Najib, tetapi sekarang mereka bergantung, mereka di atas ehsan Pas. Jadi, anda lihat Muhyiddin berkata. Maharaja lela Pas berhati besar, dia membiarkan Muhyiddin jadi pengerusi, tetapi Mursyidul Am buka mulut macam-macam; anak panah meluru ke arah Mursyidul, tidak boleh bercakap macam ini, kena buat bincang dengan Perikatan. Tetapi orang-orang Muhyiddin dikerah untuk buat kenyataan itu dan tidak ditegur, sebab apa? Terdesak, kalau tidak buat kenyataan.
Itu sudah tak ditegur. Sebab apa terdesak? Kalau sudah buat kenyataan di umum, buatlah. Ini buat, ini buat, itu buat bahawa Muhyiddin adalah poster boy. Sekarang, sudah buat apa kenyataan itu?
Itu menunjukkan bukan hanya terdesak. Ia menunjukkan ada masalah dalaman antara Muhyiddin dengan PAS, dan Muhyiddin dalam Bersatu. Sehingga terpaksa dibincangkan di umum. Jadi, itu tidak bijak.
Kemudian, tiada pula teguran-teguran. Oh, ini kita kena bincang di majlis tertinggi Perikatan. Tiada. Kemudian semalam, Maudin buat pengumuman. Perikatan tidak mahu terus.
Kalau ada MoU baru, tak mahu bincang, itu sepatutnya bincang dekat Perikatan. Sebab apa? Sudah ada persefahaman. Hamzah dah pergi bincang dengan Takiyuddin, mereka bersetuju bahawa akan teruskan perbincangan. Jadi, Muhyiddin tiba-tiba sailang dan dia buat kenyataan bukan sebagai Pengerusi Perikatan, tetapi sebagai Presiden Bersatu di atas platform Bersatu. Jadi, dah nampak bermaharajalela. PAS dah nampak, perangai Muhyiddin macam itu, dan di bawah Muhyiddin, Perikatan tidak mungkin akan jadi kerajaan. Pengujian Melayu-Islam ini tidak akan pudar gelombangnya. Jika PAS tiba-tiba kerjasama dengan UMNO, suburkan kembali Muafakat Nasional, ok? Awak kena faham, awak kena melutut kepada UMNO. Jadi, awak tak boleh nak letak cara buat UMNO, awak kena ikutlah, kompromislah. Mungkin Hadi duduk sebagai penasihat, orang lain jadi presiden. Kerjasama setuju dulu, kata Zahid ada kes. Saya tak kisahlah, kes Zahid ni dia dilepas dengan cara yang mencurigakan ke apa, itu kita boleh bincang sampai kiamat pun, takkan ubah apa-apa. Pokoknya sekarang, saya tak ada kes. Siapa ada kes? Bersatu ada kes.
Jadi, apabila kita bercakap tentang konsistensi dengan naratif mereka sendiri, awak akan lihat bahawa terdapat satu cara untuk menjadi kerajaan, iaitu melutut dan setuju supaya Zahid menjadi Perdana Menteri. Zahid telah menjadi kunci kepada PAS untuk membuka pintu masuk ke kerajaan. Sama ada rancangannya mahu menjatuhkan kerajaan yang sedia ada atau menunggu PRU ke-16, Zahid adalah kunci kerana Sarawak akan mengikuti Zahid. Dan apabila Sarawak mengikuti Zahid, jika tiba-tiba Warisan menang besar di Sabah, akhirnya Warisan juga akan mengikuti jejak Sarawak disebabkan semangat Borneo. Jadi, UMNO adalah Zahid, dan Zahid adalah kunci. Jika kita ingin melihat 10 langkah kehamilan, langkah pertama ialah awak mesti memegang kunci untuk membuka pintu. Saya perlu mengajar awak logik untuk berfikir. Awak perlu memegang kunci untuk membuka pintu.
Jadi, Zahid menjadi Perdana Menteri. Kemudian, apabila kerajaan yang lain terbentuk, kita akan bincangkan perkara lain. Walau bagaimanapun, ada satu keajaiban yang berlaku. Saya tidak percaya Muhyiddin boleh diterima sebagai calon Perdana Menteri oleh raja-raja. Rin Karim berkata Zahid ada kes lagi mengenai LCS. Namun, dia tidak didakwa.
Pokoknya sekarang dia tak ada kes. Nokta. Muhyiddin ada kes. Situasi Muhyiddin dengan Bersatu sekarang. Cara terdesak dia.
Dia cuba sekarang bercakap sebagai diktator. Semua ini ada mirip cara cakap Zahid sebelum PRU 15, tetapi bezanya Zahid pada ketika itu tahu hal tuju yang harus diambil, sehingga menjadikannya kingmaker, sehingga menjadikannya kunci. Muhyiddin tidak dapat melihat 10 langkah ke hadapan. Muhyiddin tahu, tetapi dia tidak dapat melihat 10 langkah ke hadapan. Muhyiddin tahu peringkat tidak akan jadi kerajaan tanpa UMNO, tanpa Zahid. Dia tawarkan jawatan Perdana Menteri. Dia tahu, tetapi dia terdesak. Jadi, sementara masih ada peluang, dia dapat beli masa dengan terus kekal sebagai presiden, dengan harapan boleh cari jalan juga. Orang yang terdesak terpaksa cuba cari jalan juga.
Tapi tak ada jalan, dia sedang membuang masa semua orang dan sebab itu hubungan PAS dengan Bersatu renggang. Sekarang, sebab itu, renggang sekali. Saya dedah hari ini, renggang amat, renggang amat, renggang. Bukan renggang amat, renggang dalam Bersatu pun puak yang tolak Muhyiddin ini besar. Okay, okay, sebab itu bila saya buat undian terbuka, 75% tolak Muhyiddin. Sampai saya umum, mai, mai, undi.
Undi. Orang-orang Muhyiddin masuk undi. 25% tolak Muhyiddin. Anda boleh pergi wujudkan Telegram Regi Jaysi Rita Udin. Terbuka.
Undian itu terbuka. Jadi, Pas kena keluar dari Perikatan. Saya tidak suruh bubar Perikatan. Saya suruh Pas keluar. Keluar dulu.
Kemudian, bincang jajaran politik baru dengan UMNO. Ini bukan saya harapkan akan berlaku, jangan salah tafsir cakap saya, saya tak harapkan apa-apa. Saya dah tolak Perikatan Nasional. Sebab saya tengok perangai lembab semua pihak yang tak boleh bergerak. Saya cuma nak lihat pada PRU 16, siapa akhirnya yang ada akal.
Sebab untuk masa depan, kita kena kenal pasti yang ada akal dengan yang tak boleh bergerak. Lebih baik kita bekerjasama dengan orang yang mempunyai akal berjuang dari dalam untuk memperbaiki keadaan. Itu sahaja falsafah saya buat masa ini. Jadi, saya tidak harapkan apa-apa. Tetapi bila orang bertanya, saya akan kata Zahid adalah kunci. Jadi, keluarlah terlebih dahulu dari Bersatu, jangan benarkan Bersatu pijak-pijak lagi. Anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan, jadi bincanglah dengan kadar sesegera mungkin. Jika tidak boleh dalam 1-2 minggu ini, perbetulkan hala tuju Bersatu ini dan minta penjelasan mengapa Bersatu memperlakukan PAS begitu. Keluarlah sahaja.
Tak payah bubar Perikatan dulu. Keluar je. Balik dengan UMNO, Muafakat Nasional ataupun satu permuafakatan. Melayu Islam tetap akan teruja dan Melayu Islam tetap akan bersama PAS. Dengan tawaran jawatan Perdana Menteri kepada Zahid.
Nah, apa yang saya jangka berlaku, sekiranya tiba-tiba Zahid bersetuju, ok, PRU 16, jangan beritahu siapa-siapa, kita akan bekerjasama dan kita akan membentuk kerajaan. Dan saya akan jadi Perdana Menteri. Kalaupun dia bersetuju, akhirnya Zahid akan ditetapkan untuk menyumbang ke arah pengampunan Najib. Sebab apa Zahid perkuatkan kedudukan dia dalam UMNO dengan membuang semua orang yang MT dia.
Akhirnya, dia duduk di atas satu pulau kecil bersama segelintir orang yang kononnya penyokong tegar dia dalam MKT. Namun, dia tidak sedar. Atau mungkin dia sedar. Tapi dia tidak kisah bahawa apabila kita bergantung pada kumpulan kecil ini, jika kita tidak mengikuti rentak mereka, mereka boleh menggulingkan kita. Sebab akhirnya, yang membuat keputusan dalam MKT adalah mereka. Saya melihat ramai dalam MKT ini sebenarnya adalah orang Najib. Contohnya, Zarkashi dan Azalina Ottoman, semuanya adalah orang MKT. Saya ada nama-nama lain, tetapi saya tidak mahu sebut. Jadi saya jangka selepas PRU 16, jika Zahid menjadi Perdana Menteri dengan kerjasama PAS, mungkin dalam 2-3 tahun atau lebih cepat, Najib akan diampunkan. Najib akan bebas.
Bila Najib jadi bebas dan jika dia diampunkan sebegitu rupa, dia layak bertanding. Cuma tunggu masa, Najib akan kembali sebagai Perdana Menteri. Sebab itu saya kata, ini bukan soal saya nak. Saya tengah bincang benda ini, kalau PAS tanya saya, orang-orang PAS datang tanya saya, "Apa yang patut kami buat?" Itu yang patut kamu lakukan.
Kemudian, korang kena tanya balik diri sendiri. Korang sanggup ke Najib jadi Perdana Menteri? Jangan tanya saya. Saya tiada pendapat tentang benda itu.
Sebab saya dah beritahu. Sekarang ini saya duduk tengah. Sebab saya dah fed up dengan semua. Jadi, saya tidak ada pendapat. Siapa yang nak jadi Perdana Menteri, saya tidak ada peribadi. Sebenarnya, jika awak tanya saya tentang zaman sekarang, siapa yang paling sesuai, saya dah beritahu bagi mereka yang dah tonton, awak tahulah. Bagi mereka yang belum tonton, awak pergi carilah. Saya tak nak ulang seribu kali, nanti orang kata, "Oh, kau ni orang dia." Itu tidak benar. Saya benar-benar tidak ada pendapat buat masa ini. Saya tidak kisah pun. Jadi, kalau esok ada orang PKR tanya, "Apa yang harus kami buat?"
Saya akan buat, malah saya memang akan buat satu video untuk menjelaskan kepada anda mengenai bagaimana orang-orang PH boleh memastikan PH terus berkuasa. Saya akan buat-buat sebab sekarang saya duduk di tengah. Kenapa? Kerana saya sudah fed up dengan pemimpin-pemimpin dalam Perikatan yang sedang membuang masa umat. Saya sudah fed up, tetapi jika anda bertanya kepada saya, kena tanyalah. Jika anda ikut jalan ini, memang anda akan jadi kerajaan. Zahid jadi kunci, anda buka pintu, Zahid jadi Perdana Menteri, kemudian anda duduk dalam kerajaan. Lambat laun, dalam NKT ini akan ada tekanan untuk pengampunan Najib dan saya percaya Najib akan bebas. Saya percaya Najib boleh bertanding dan saya percaya Najib akan kembali sebagai Perdana Menteri dalam tempoh yang tidak lama. Kemudian, PAS kena tanya diri sendiri, boleh terima benda ini sebab orang PAS tidak akan jadi Perdana Menteri sebelum Najib jadi Perdana Menteri. Itu ramalan saya. Tetapi jika tidak ikut rentak ini, jika terus bersama Muhyiddin, saya hari ini juga, saya selalu kata 99.9%, hari ini saya beri jaminan, anda tidak akan jadi kerajaan. Saya janji kepada orang-orang PH ini. Dalam kehidupan seterusnya, saya akan beri formula untuk memastikan PH terus berkuasa sebab saya nak tunjukkan saya duduk di tengah. Kenapa? Saya ulang, Perikatan, buat masa ini sedang membuang masa. Perjuangan penyatuan Melayu tidak wujud, agama, bangsa, dan negara tidak membantu. Saya galakkan diri saya sendiri berjuang demi agama, bangsa, dan negara. Jika ada pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan beracun, saya akan tegur. Tetapi itu bukan perjuangan satu-satunya. Perjuangan Perikatan sudah tidak mampu tarik pengundi China. Saya sudah berbuih, saya sudah give up. Saya tidak akan nasihatkan mereka untuk jenamakan diri semula dengan cara yang hebat untuk tarik pengundi bukan Melayu.
Saya tidak akan memberi nasihat itu. Saya tidak akan. Jika orang Cina bertanya, saya akan beritahu, jangan undi Perikatan, mereka tidak untuk anda dengan keadaan seadanya sekarang. Jika orang Melayu tanya saya sekarang tentang PRU 16, jika Muhyiddin terus dengan Perikatan dan bertanding sebagai pengerusi, dengan keadaan sekarang, saya akan beritahu terus, jangan sokong Perikatan, sokong UMNO. Malah, menjelang PRU 16, saya jangka PRU 16 tujuh tahun depan. Jika saya melihat keadaan ini berterusan menjelang PRU, saya akan seru orang Melayu untuk sokong UMNO kerana saya telah meninggalkan UMNO, meminggirkan UMNO kerana Zahid mencantas Tok Mat Hassan, dalam keadaan ada kes untuk mengambil nama pembentukan Muafakat Nasional.
Tapi sekarang, Zahid tak ada kes untuk ambil nama pembentukan Muafakat Nasional. Tapi sekarang Zahid tak ada kes. Sekarang ni Zahid sebenarnya duduk dalam Bersatu, iaitu Muhyiddin Yassin. Bagi saya, saya ada hak untuk mempunyai pendapat. Saya ada hak. Jadi, saya tak nampak sebab saya perlu sokong Bersatu. Ada dua tiga pemimpin dalam Bersatu yang saya kagumlah, tapi jika mereka tidak dapat bergerak, mereka tak boleh menguat langkah; mereka tak boleh berani. Tiada gunanya sebab masa dah suntuk. Jadi, saya tak kisah dah. Itulah sebabnya, saya akan terbuka untuk semua dan saya akan buat satu untuk PH. Jangan marah, saya akan buat satu untuk PH. Awak dengar formula saya bagaimana saya nak cerita kepada PH, cara untuk kekal berkuasa. Jadi adil saya beritahu di sini, saya beritahu sana. Yang ada akal, mereka boleh berubah. Yang tak ada akal, mereka akan terus menjahanamkan diri. Saya janji, saya janji kalau ada penyokong PAS yang dengar ni, saya akan beri satu formula esok. Jadi, adil jangan kata saya tak beri kepada PAS atau kata saya tak beri kepada PH. Kalau nak tanya saya siapa, saya condong ke arah mereka, pemimpin PAS, bukannya Perikatan, tapi Perikatan ni saya tolak. Saya akan berlaku adil sebab apa? Saya tak kisah. Saya cuma nak tengok PRU 16 siapa yang ada akal; itu je sekarang pendirian saya. Jadi, korang pun buka mata, berfikir secara objektif. Jangan lihat dari kaca mata atau menerusi lensa perasaan. Lihat secara objektif, kenali siapa pemimpin anda dan gabungan-gabungan yang ada. Apa yang patut, apa yang tak patut, kemudian nilai di mana awak nak letakkan. Pada landasan mana awak nak letakkan gerabat awak. Awak tak payah ubah, terus berjuang demi kebenaran, demi agama, bangsa, dan negara. Tapi, landasan mana? Saya mudah, saya nak lihat PRU 16 siapa yang ada akal; ataupun sebelum PRU 16, siapa yang ada akal atau siapa nak buang masa penyokong; itu je sebab dalam beberapa bulan ni, saya boleh tahu hala tuju politik negara kita untuk sekurang-kurangnya 5-10 tahun akan datang. Saya boleh tahu dengan memerhatikan tindak-tanduk pemimpin Perikatan. Saya akan terkejut jika mereka keluar daripada belenggu kelembapan mereka. Bagi pentas Tun, oh jangan risau, ini adalah strategi besar Tun dan semua itu. Buka mata.
Saya pun, saya, tetapi, janganlah buka mata dan jangan letak harapan palsu dalam kepala. Sentiasa bila awak ada satu harapan, bawa harapan itu keluar. Nak awak analisis, nak awak tanya diri, "Okay, ini harapan kami. Jadi, macam mana benda ini boleh dikecapi?" Jika awak nampak bahawa sebenarnya awak tidak ada jawapan, tapi masih meletakkan benda itu sebagai harapan, jadi, macam mana benda ini boleh dikecapi? Jika awak sedar bahawa sebenarnya awak tidak ada jawapan, tetapi masih meletakkan benda itu sebagai harapan, saya cuma boleh kata satu je lah. Selamat, maju jayalah. Semoga berjaya!
Harap-harap awak boleh bernasib baik dan harapan itu menjadi kenyataan. Baik? Masa depan tidak dalam kawalan. Yang ada tidak dalam kawalan. Masa lalu tidak dalam kawalan.
Semua benda yang dibuat ini kebanyakannya buang masa sebab mereka selamat pagi. Buntu sebab masalah Muhyiddin, orang yang mengawal sebagai kingmaker di kalangan semua ahli politik di negara ini, hari ini merupakan seorang manusia yang bijak berstrategi. Saya kena mengaku, namanya Dato' Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Kau hadam benda ini malam ini, kau tidur, kau fikir. Mana-mana podcast ke nak panggil saya berbicara dengan cara yang baik, berbincang lanjut mengenai benda ini, saya akan hadir. Tapi, kingmaker yang sebenar dalam politik Malaysia buat masa ini adalah Dato' Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Bukannya Anwar Ibrahim, bukannya Anthony Loke, bukannya Muhammad Sabu, bukannya Tuan Dr. Mahathir Muhammad, bukannya Muhyiddin Yassin, dan paling pasti, bukannya Hadi Awang atau Dominic Liu. Ia adalah Dr. Dato' Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dan ada kes ke, tak ada kes ke, ada skandal ke, tak ada skandal ke, saya tabik percaturan dia. Saya mengaku, dia tahu apa yang dia lakukan. So, persoalannya, adakah PAS nak pegang kunci itu, buka pintu? Sebab PAS tanya saya, ada orang-orang PAS tanya saya macam mana, bukannya saya nak benda ini berlaku.
Jadi, adakah PAS sanggup memegang kunci itu untuk membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam arena kerajaan, kemudian membincangkan perkara lain? Atau adakah mereka tidak mahu memegang kunci itu dan ingin duduk di barisan pembangkang sekurang-kurangnya 20 tahun atau 30 tahun lagi yang akan datang? Saya tidak mahu menjadi pembawa berita buruk kepada anda kerana saya tahu ramai penyokong suka mendengar berita seperti itu, tetapi saya juga tidak akan membawa berita propaganda kepada anda. Saya membawa apa yang saya fikirkan sebagai kebenaran kepada anda. Sebelum persempadanan dibuat, tetapi bukan Muhyiddin atau Zahid, well, Rim Karim, kalau misimu adalah untuk melihat, saya tidak tahulah ke arah mana anda condong. Jika anda condong ke arah PAS dan mahu melihat PAS duduk dalam kerajaan, anda tidak ada pilihan. Ini bukan soal siapa yang anda suka ketika saya membincangkan benda ini; ini bukan soal saya suka Zahid atau tidak suka Zahid. Itu adalah perkara kedua. Ini adalah realiti.
Cuma ada satu alternatif lain untuk kepimpinan Perikatan, iaitu mengubah orang yang sesuai untuk menjadi Pengerusi Perikatan dan Presiden Bersatu. Dia perlu melakukan penjenamaan semula secepat mungkin untuk menarik undi daripada bukan Melayu. Ini boleh menyebabkan Perikatan tidak perlu bergantung sangat kepada UMNO. Namun, nampaknya orang-orang itu takut untuk bergerak, jadi tidak ada makna awak menjadi penstrategi hebat jika awak takut untuk bertindak dan mendesak Muhyiddin agar meletakkan jawatan. Tidak ada makna, Karim. Saya tidak ada parti, faham? Jadi, kenyataan awak adalah logik. Awak tidak ada parti tetapi ada harapan, itu logik. Ada apa-apa soalan lagi? Saya lihat tak banyak. Jika tidak ada, kita tutup untuk hari ini. Muhammad Hisham, semua parti telah diperbodohkan oleh British, menjadi skuter. Ini semua buang masa. Ini semua buang masa. Dan banyak kumpulan dari Perikatan ini, atau yang pro-Perikatan, saya lihat buang masa dengan retorik mereka. Sebab itu, saya terpanggil untuk memberi pencerahan terhadap apa yang saya lihat sebagai realiti politik semasa. Kemudian, apa-apa yang awak nak buat—harapan ke, komen ke—mula dari sini. Saya cuma ingin berkongsi pandangan saya, itu sahaja. Jika tidak, saya bukan nak mencari populariti. Jika saya ingin mencari populariti, saya tahu retorik yang perlu dimainkan. Saya boleh gunakan retorik berapi, menyerang DAP, guna nama jijik, panggil Anwar semua itu—nonsense yang dilakukan oleh kumpulan tertentu. Tapi saya bukan mencari populariti. Itu sebabnya perjuangan yang paling sukar adalah perjuangan kebenaran, memang paling sukar. Saya hanya ingin melihat siapa yang berdiri di belakang saya. Saya hanya ingin menjadi pemerhati. Secara keseluruhan, saya lihat tidak banyak soalan. Jadi, saya rasa Muhyiddin dan Zahid tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Zahid tak faham berbahasa Inggeris. Itu semua tak penting dah. Kalau awak dengar percaturan yang saya ceritakan itu, tak penting dah. That is secondary, layak atau tak layak, itu adalah secondary. Pada ketika ini, itu adalah secondary. Saya dengar naratif Tun adalah grandmaster. Saya juga dengar naratif bahawa Tun adalah grandmaster yang dimainkan oleh kumpulan tertentu. Ini semua perancangan dia. Dia bersedia dan semua itu. Tun memang orang yang berwawasan; dia memang boleh melihat 10 langkah ke hadapan. Tak dapat dinafikan, itulah sebabnya saya menyokong prinsip perjuangan Tun. Ya, bila saya cuba, saya ubah cara saya. Kita kena lihat 10 langkah ke hadapan, tetapi dia adalah grandmaster. Semua ini ada perancangan. Ini semua terpulang kepada orang semua. Anda semua nak fikir atau nak duduk di bawah kepompong naratif-naratif ini, terpulanglah. Jika dia adalah grandmaster, pejuang takkan jadi parti dengan pencapaian terburuk pada PRU 15.
Lihat, masalah Tun Sebab faktor umur beliau amat bergantung kepada orang sekelilingnya dan apa yang ada itu sajalah dia boleh bergantung. Jadi, kalau di sekeliling tidak kuat, tidak kuatlah. Noktah. Saya turun ke padang pada PRU 15 dan saya nampak orang-orang kampung di Langkawi yang membuat keputusan ketua-ketua kampung. Saya pergi jumpa satu ketua kampung. Kampung bersama Tuan Muhammad Hanif, tak percaya tanya Tuan Muhammad Hanif. Ketua kampung itu sebenarnya berbicara dengan Tuan Muhammad Hanif, dia ada pengaruh besar dalam satu kawasan yang melibatkan ramai pengundi. Kalau dia kata sokong ini, memang sokongan ke arah sini. Kalau dia kata sokong itu, semua pergi ke warung dan temu ramah semua orang. Sayangkan Tun ikut betul, Tun boleh menang besar. Penolakan mereka kerana apa? Bukan kerana Tun, tetapi kerana orang di sekeliling Tun. Ada pihak tertentu yang tidak puas hati, dan mereka sebut, "Kami tidak mahu." Kami pergi sana pun nak bagi ceramah, tetapi ada seorang yang kuat menyokong Tun yang tidak puas hati dengan Hanif, sampai nak bagi ceramah di Pulau Tuba, kemudian dia pandai-pandai cuba batalkan acara itu. Tidak puas hati, kami datang.
Sebab dia pernah mengikuti. Akhirnya, bukan saya tetapi Tuan Hanif beritahu asalkan saya tak dapat mesej dari tuan, ceramah itu akan diteruskan. Kemudian orang itu tarik muka panjang, sampai saya kena pergi ke belakang dan saya kena tegur dia, "Kenapa awak duduk di belakang, Maailah? Depan bagi ceramah kita, sampai pun dah dengar ada kumpulan ini, tak bagi kumpulan itu masuk." Kemudian ada pergaduhan, kemudian ada kes polis, macam-macam. Orang sekeliling betul, sebab itu pejuang jadi dalca. Kurma, patpukari pemimpin-pemimpin tertentu dalam pejuang ada risalah, ada flyer, ada semua ini, ada dana. Bagi calon pejuang ini, duduk kemah dengan satu dua pembantu, tak ada apa kemampuan dana dan sebagainya. Flyer pun tak sampai lagi beberapa hari selepas kempen. Kau cuba cerita kat saya, macam mana nak menang? Tidak ada bantuan untuk berjuang, tetapi calon tertentu ada keutamaan, especially yang rapat dengan tone. Bukannya tone yang lakukan ini dengan sengaja, ini adalah gara-gara orang di sekeliling Tuan. Saya cuba, saya berada di sana atas keikhlasan saya untuk menyokong seorang calon, membantu seorang calon, dan bila orang-orang sekeliling situ, saya kesian. Saya lihat mereka, jadi saya selalu beri kata-kata perangsang. Oh, saya rasa saya ramalkan pejuang boleh dapat sekurang-kurangnya 10 kerusi. Saya sumpah hari ini, dalam hati saya tahu bahawa saya terpaksa bercakap begitu untuk beri semangat kepada mereka sebab kesian.
Dalam hati, saya hanya jangka seorang yang akan menang iaitu Tun. Itu pun saya tersasar. Tun sendiri hilang deposit. Tapi saya faham mengapa. Dua faktor.
Satu, orang sekeliling Tun ini tidak pandai bercakap, tetapi mereka ingin mengawal, menyebabkan dulu yang membantu Tun semasa zaman bersatu ini semua tidak mahu mendekati mereka. Dan mereka dalihkan semua. Dan kedua, orang kampung semua tidak kenal pejuang. Ada orang kampung yang nampak pejuang, dia bertanya, "Parti siapa ini?" Kita jawab, "Parti Tun."
Eh, Tun bukan ketua Bersatu ke? Sampai hari pilihan raya, ramai orang kampung fikir Bersatu itu adalah Parti Tun. Jadi, jangan terkejut. Yang satu ini menang masih atas eh, santun faham? Kalau PAS bersama UMNO, gelombang biru hijau akan bersama Muafakat Nasional, Bersatu akan hangus. Tapi saya tak suruh sisihkan Bersatu. PAS kena pegang kunci iaitu Zahid Amidi. Kalau lah PAS nak jadi kerajaan, tetapi buka pintu kepada Bersatu, Bersatu nak bersama kita, baiklah. Kita dah setuju Zahid nak jadi Perdana Menteri. Kalau korang boleh terima, baiklah, macam itulah kau fikir Bersatu takkan pergi?
Akan pergi ya, okey. Jadi, saya tak nak awak buang masa, dan benda ini saya takkan ulang lagi. Saya cuma nak awak imbas kembali apa yang berlaku sebelum PRU15, membabitkan Zahid dan UMNO. Dan kau perhati apa yang sedang berlaku antara Bersatu dengan kenyataan-kenyataan Muhyiddin. Awak akan nampak lebih kurang sama. Okey, jadi sehingga kita berjumpa di lain masa, Assalamualaikum, salam sejahtera, salam kuasa ketiga.