[SINAR LIVE] Ucapan Dasar Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena (PAT) Bersatu

Source

Yang berbahagia Datuk Tuan Fazal Ismail bin Aziz, Ketua Penerangan Bersatu; ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi; rakan-rakan daripada parti-parti komponen Perikatan Nasional; Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden PAS; Yang Berhormat Datuk Seri Kiyudin Hassan, Setiausaha Agung PAS; Yang Berusaha Datuk Paramiswaran, Naib Presiden Parti Gerakan; Yang Berusaha Tuan Punitan Paramisivan, Presiden MIPP; para tetamu; dan seluruh rakan-rakan pimpinan parti-parti politik yang juga hadir. Bersama-sama kita memberi penghormatan kepada anak-anak muda sebagai pejuang. Terima kasih kerana hadir bersama-sama para perwakilan, saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian. Apa khabar semua? Alhamdulillah, kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT di atas limpah kurnia dan izin-Nya kita dapat bersama-sama menghadiri Persidangan Agong Tahunan Bersatu kali ketujuh pada hari ini. Pada awal ucapan saya ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan Baharu Bersatu di peringkat bahagian, termasuk ketua-ketua bahagian yang hadir, sayap-sayap daripada peringkat bahagian, dan juga Majlis Pimpinan Tertinggi yang dipilih dalam pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini. Alhamdulillah, pemilihan parti kita telah berlangsung dengan lancar dan teratur, mencerminkan kematangan ahli-ahli parti dalam menjalankan proses demokrasi yang diikuti oleh parti menurut perlembagaan kita. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh barisan pimpinan parti bagi sesi yang lain.

Di semua peringkat di atas sumbangan jasa, bakti, dan pengorbanan saudara dan saudari sekalian dalam menggalas amanah kepimpinan serta menjayakan cita-cita perjuangan parti, terima kasih saya ucapkan. Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih saya sampaikan. Pada pengusi dan seluruh ahli jawatankuasa pemilihan parti yang dipimpin oleh Dato' Azim Zabidi, serta para petugasnya yang telah menjalankan pemilihan parti secara bebas dan melaksanakan peraturan-peraturannya dengan tegas demi memastikan pemilihan parti kita berjalan dengan lancar, terima kasih. Terima kasih kerana sudi hadir di majlis kita pada pagi ini. Saya ingin merekamkan rasa simpati dan duka cita di atas nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir kita di negeri-negeri di pantai timur dan juga di tempat-tempat yang lain.

Saya mendoakan agar keselamatan mangsa-mangsa banjir akan terpelihara dan mudah-mudahan banjir yang melanda segera surut. Bersatu akan turut turun membantu mangsa-mangsa banjir. Kita semalam telah melancarkan tabung bencana banjir Bersatu dan saya harap kita semua dapat menyumbang kepada tabung ini untuk menampung perbelanjaan misi bantuan banjir kita di negeri-negeri yang terjejas. Ke bukit sama mendaki, ke lurah sama menurun. Yang sakit sama diubati, yang susah sama dituntun. Alhamdulillah, para pewakilan di pelbagai peringkat parti telah melaksanakan tanggungjawab untuk memilih barisan kepimpinan baru. Terima kasih kerana menonton! Dalam sambungan perjuangan parti kita ini, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan juga saudara dan saudari semua bahawa kepimpinan adalah tanggungjawab, bukan keistimewaan. Kita semua menggalas satu tanggungjawab yang amat besar untuk melangkah maju dengan panji-panji Bersatu di setiap pelusuk dan daerah di negara kita, dengan politik baru, politik nilai, politik yang berakar dengan prinsip dan idealisme perjuangan kita, politik prihatin, serta politik damai dan keharmonian. Ini adalah satu proses demokrasi untuk menguatkan parti kita. Hari ini kita memilih kepimpinan dengan penuh rasa tanggungjawab dan keyakinan.

Bahawa esok, Bersatu akan bertambah kuat. Itu untuk menjadi parti politik pilihan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Terima kasih. Bersabarlah dan bertawaduk menerima ketentuan dan mandat serta sentuhan siasah yang patuh dan ikhlas dalam memberikan khidmat dan bakti kita. InsyaAllah, jika kita cekal dalam perjuangan dan istiqamah untuk bersama-sama dalam perjuangan ini, kita akan membina satu kebangkitan yang lebih kuat dan padu. Pasukan kita mempunyai kepimpinan yang diyakini dapat menyumbang dengan idea yang segar dan pastinya kepimpinan anak muda yang berani mencetuskan kegairahan dalam kalangan rakyat untuk mendukung perjuangan Bersatu. Kita perlu terus membina keyakinan rakyat kepada Bersatu. Kita mesti membina kepercayaan awam terhadap Bersatu, melihat bagaimana kita menguruskan kepelbagaian dan menggabungkan watak yang pelbagai dalam parti kita, meskipun usia kita berbeza. InsyaAllah, informasikan kepada kerajaan persekutuan jika kita bekerja bersama.

Sedendeng bagai besi, secip bagai ayam, setukul bagai palu, budek sama mengenang, kehulu sama menongkah, hilir sama berhanyut, bagai aur dengan tebing. Sebagai kuku dengan daging. Di atas batu asas penyatuan ini, sedari-sedari, marilah kita teruskan usaha kita untuk bukan saja menjiarkan pemimpin dan kepimpinan, tetapi membina pemimpin melalui program perkaderan dan latihan yang lasak serta kurikulum yang terangkum modul yang komprehensif seperti idealisme dan prinsip perjuangan kita, daya tahan dan disiplin dalam jamaah, kesetiaan dan kepatuhan pada perlembagaan parti, dan pastinya juga pengurusan dan pentadbiran parti yang cekap dan bersih. Insya Allah, program perkaderan ini akan bermula pada tahun depan dan melibatkan kepimpinan di peringkat negeri dan bahagian, termasuklah sayap-sayap S Kandi, Armada, S Kandi Muda, dan bersekutu. Program ini akan membantu kita untuk memahami cabaran semasa dan mewacanakan penyelesaian yang menjalin dan menjamin masa depan yang lebih baik. Tugas-tugas yang agak besar menanti kita untuk tahun-tahun yang mendatang ini. Saya berikrar untuk membawa mandat ahli-ahli Bersatu dan akar umbi yang diterima sebulat suara dalam Perhimpunan Agong Tahunan 2023 yang lalu. Terima kasih kerana menonton! Oleh itu, jangan kita diadu domba, jangan kita dilaga-lagakan, jangan ada yang kerjanya cucuk sana, cucuk sini. Siapa yang cucuk?

Kononnya ada cam-cam, cam itu dan cam ini. Adakah cam? Adakah cam? Tidak ada kumpulan itu dan kumpulan ini yang akan melamahkan atau memecahbelahkan kita. Ini semua karut. Saya tidak akan pernah menyokong kebodohan ini dalam parti kita. Jangan kita jadi seperti akar pilin, memilin seperti batang himpit, menghimpit. Terima kasih. Menimpa-menimpa bagaikan harimau, kerkah-mengerkah seperti ular. Belit, membelit.

Jangan sekali-kali, saudara. Saudara dan saudari, saya mahu memimpin Bersatu yang benar-benar bersatu. Kenapa? Kerana Bersatu adalah parti harapan rakyat, dan bangsa kita di sebelah sana itu sudah tidak boleh diharapkan lagi. Tak boleh diharapkan lagi untuk menjulang obor perjuangan agama, bangsa, dan negara. Tak boleh diharapkan lagi mereka memilih untuk bersama-sama dengan pihak yang saling bertentangan matlamat perjuangannya. Mereka kata mereka adalah kerajaan perpaduan. Perpaduan apa? Yang saling bertentangan matlamat perjuangannya.

Mereka kata mereka adalah kerajaan perpaduan. Perpaduan apa? Mereka tidur sebantal, mimpinya lain-lain. Jadi, apa pilihan yang kita ada? Pilihan kita hanya ialah bersatulah, dan maralah sederap, selangkah seiring dan sejalan, sehati dan sejiwa untuk menawan, insya Allah, Putrajaya dalam tempoh yang akan datang ini. Boleh, saudara? Tak cukup kuat?

Boleh? Suara saya ada serak sedikit. Inilah satu-satunya pilihan yang kita ada untuk menyelamatkan bangsa dan negara kita. Bukan untuk kuasa semata-mata. Dan inilah harapan akar umbi bersatu.

Ini juga adalah harapan seluruh rakyat yang menyokong kita. Kepada saudara dan saudari yang saya kasihi, sekalian. Persidangan Agung Tahunan Bersatu kita kali ini diadakan dalam suasana yang amat mencabar. Ketegangan geopolitik yang sedang menggoncang ekonomi global serta menggugat kestabilan dan kedamaian dunia selepas pandemik COVID-19 masih belum reda. Konflik di Asia Barat dan perang Ukraine-Rusia masih belum berkesudahan. Keputusan pilihan raya presiden AS menggamit pelbagai ketentuan, sementara rejim Zionis Israel semakin mengganas, membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa. Anak kecil terkulai akibat bedilan bom. Warga tua diburu dan dibunuh dengan kejam.

Rumah sakit, sekolah runtuh menjadi padang jarak padang terkukur. Pemimpin dunia semakin kaku dan menikus di hadapan kuasa-kuasa besar yang menyokong muslihat Israel untuk menghapuskan bumi Palestine. Ada pemimpin negara Islam yang lidahnya bercabang. Suara di hadapan masyarakat Islam tidak sejalan dengan wawancara di hadapan orang Barat. Tahu tak siapa mereka? Mainlah ahli bersatu; buah labu si buah labu banyak tumbuh di dalam patang, mulut manis seperti madu. Tidaklah tahu lidah bercabang, justru saudara kita mesti jujur dan kita mesti beristikamah dalam perjuangan kita untuk mempertahankan prinsip dan nilai yang murid kita hadapi dengan cabaran sejagat. Bukan sahaja masalah umat Islam, tetapi juga masalah kemanusiaan yang menuntut seluruh insan yang mempunyai jiwa dan akal untuk bangkit melawan kemudharatan dan kerakusan dunia pada hari ini.

Bersatu mesti mengharungi semasa dengan lebih tegas, lebih bertanggungjawab, berani, dan melangkah dengan strategi yang tersusun serta merancana asa yang memacu pertumbuhan ekonomi domestik dan serantau. Hakikatnya, sedar-sedar sekalian, Bersatu muncul sebagai sebuah parti politik dan wadah siasah pribumi yang utama, pertama di negara kita di abad ke-21. Ini sebabnya saya membuat cadangan dalam persidangan agung tahunan yang lalu bahawa Bersatu mesti kita jadikan sebuah parti politik yang mampu memenuhi tuntutan serta berupaya untuk menangani cabaran dan ancaman di abad ke-21. Parti kita ini berada di hadapan dan kita perlu memperincikan tuntutan, cabaran, dan juga ancaman utama di abad ini supaya kita dapat menyedari, mengisafi, dan memahami realiti baru di hadapan kita. Antara isu tersebut ialah ledakan teknologi maklumat dan komunikasi; kita tahu ini menjadikan dunia bersifat rentas sempadan. Isu berkaitan dengan migrasi, globalisasi, dan integrasi serantau dalam mencetuskan kebangkitan semangat nasionalisme yang baru, bukan nasionalisme lama.

Di seluruh dunia, terdapat kesan yang amat besar terhadap kelangsungan negara bangsa. Di Eropa, saudara-saudara sekalian, Yugoslavia berpecah kerana penduduk di wilayah-wilayah yang berbeda negara tersebut memilih untuk berpisah dan membentuk negara-negara baru. Britain, sebagai contoh, melaksanakan Brexit kerana memikirkan bahwa keanggotaannya dalam Uni Eropa tidak memberikan keuntungan apa-apa. Malah, Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump mengamalkan dasar imigrasi, perlindungan ekonomi, atau proteksionisme ekonomi dan doktrin keselamatan yang ketat.

Untuk menjaga kepentingan negara kuasa besar itu, kita boleh menjangkakan bahawa Presiden Donald Trump yang terpilih menjadi Presiden Amerika Syarikat untuk kali kedua berkemungkinan akan meneruskan dasar perlindungan ekonomi yang ketat, seperti perang perdagangan dengan China, yang akan memberikan kesan langsung kepada negara-negara seperti Malaysia. Di peringkat serantau, kita perlu sedar akan isu di Laut China Selatan (South China Sea).

Kita tahu sekarang bahwa kancah penumbagaan geopolitik yang sengit melibatkan kuasa-kuasa besar, khususnya Amerika Syarikat dan China, yang masing-masing ingin melindungi kepentingan politik, ekonomi, dan ketenteraan negara mereka. Hal ini menyebabkan tuntutan bertindih antara negara-negara tersebut. Wilayah di gugusan Spratly dan Paracel, termasuk yang melibatkan Malaysia, mulai diancam oleh tuntutan China yang menggunakan asas sejarah purba untuk melaksanakan tuntutannya di wilayah ini. Selat Melaka, yang kita tahu sebagai perairan yang kritikal dan strategik untuk pengangkutan minyak dan gas asli dari Asia Barat ke Asia Timur serta negara-negara di lingkungan Pasifik, juga mulai digugat kedaulatannya. Seluruh realiti ini, saudara-saudara, menunjukkan bahawa cabaran dan juga ancaman ini turut menjejaskan semua sektor keselamatan nasional Malaysia.

Keselamatan politik, keselamatan ekonomi, sumber alam, dan etnik Malaysia sentiasa berhadapan dengan situasi yang tidak menentu. Malangnya, di tengah-tengah kancah konflik geopolitik yang mengancam kedaulatan Malaysia ini, respons Malaysia terhadap gugatan tersebut tampak lemah. Pengawal pantai negara China yang menceroboh wilayah perairan Malaysia dilihat hambar. Tidak terlihat ketegasan daripada pimpinan kita, Perdana Menteri atau menteri yang bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia secara bersungguh-sungguh. Malahan, ketika Tentera Laut China mencabar provokasi di perairan negara, kedatangan Tentera Laut China disambut meriah di Pulau Pinang. Siapa orang Pulau Pinang?

Apa perasaan kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka dan berdaulat ini? Di mana maruah kita? Di mana kehormatan kita? Mesej apa yang ingin disampaikan oleh kerajaan Malaysia ini? Ini bukan suatu perkara yang remeh; ini adalah maruah negara yang mesti kita pertahankan. Selain itu, kenyataan pemimpin Malaysia yang berdaulat dalik mengenai pergelutan geopolitik dan perlombaan kuasa di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik turut perlu diperhatikan. Mengenai genosida Israel di Palestin, ini mewujudkan persepsi bahawa Malaysia sudah menjadi proksi kepada kuasa besar tertentu. Persepsi ini, yang timbul, tidak pernah terjadi sebelum ini. Perdana Menteri Malaysia mengakui hak Israel untuk wujud dan mempertahankan dirinya. Ada.

Tak ada dulu, saudara. Siapa yang buat ini? Di bawah permintaan kerajaan campuran, Pakatan Harapan telah mengubah dasar luar mengenai Palestin. Jawab tak, jika benar, dasar kita terhadap Palestin sudah berubah. Saya, dan saya percaya ramai yang sederhana, merasakan ini amat mendukacitakan. Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati telah lama dikenali dengan sikap tegas mempertahankan hak rakyat Palestin di pentas. Alhamdulillah.

Antara bangsa selama-lamanya. Betul. Jasa luar Malaysia mengenai Palestina tidak pernah berubah. Konsisten. Posisi Malaysia terkait Palestina tidak pernah goyah dan berubah.

Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan Israel. Kita tidak ada hubungan diplomatik. Kenyataan Perdana Menteri mengenai hak Israel untuk wujud dan mempertahankan diri mereka adalah salah. Perdana Menteri sepatutnya menarik balik kenyataan itu, betul tak? Yalah, telajak perahu boleh undur, telajak kata buruk padah. Saudara-saudari yang saya hormati sekalian, di sebalik latar perkembangan baru di peringkat global dan serantau, inilah masanya untuk kita bersatu sebagai sebuah parti nasionalis inklusif. Kita mesti melihat ke dalam diri kita sendiri dan memahami kebangkitan nasionalisme baru di peringkat global serta kesannya kepada negara kita. Bagaimana kita menangani isu-isu migrasi, isu kedaulatan wilayah, dan isu kedaulatan ekonomi? Bagaimana pula kita menangani kebangkitan nasionalisme dan kewilayahan, misalnya di Sabah dan Sarawak, pada masa yang sama mempertahankan kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan? Bagaimana kita nak menangani isu polarisasi kaum yang masih belum selesai, isu ketidaksamaan ekonomi yang masih berterusan, serta isu pendatang asing tanpa izin yang mengancam keselamatan negara? Isu-isu ekonomi domestik, serantau, dan antarabangsa yang semakin mencabar perlu diurus dengan baik agar tidak menghalang cita-cita pembinaan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang bersatu padu dan maju. Sebagai sebuah parti nasionalis peribumi yang inklusif, adakah semangat nasionalisme yang kita bawa pada hari ini sama seperti nasionalisme yang diasaskan lebih enam dekad yang lalu yang menjadi asas kemerdekaan negara kita? Saya tanya, adakah nasionalisme dulu sama dengan nasionalisme yang ada pada hari ini, atau adakah kita membawa fahaman nasionalisme baru?

Nasionalisme Baru. Ataupun semangat kebangsaan baru. Yang boleh menawarkan penyelesaian terhadap permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh negara kita di abad ke-21. Masalah baru ini sudah pasti memerlukan penyelesaian baru, bukan cara lama, untuk menyelesaikan masalah lama. Perjuangan dan penyelesaian Melayu lebih enam dekad yang lalu telah menghasilkan pembentukan negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Atas semangat nasionalisme inilah banyak dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan, merapatkan jurang ekonomi antara kaum, membangunkan kawasan-kawasan luar bandar, mempergiatkan proses perbandaran, meningkatkan tahap pendidikan, dan memajukan ekonomi negara. Ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang pesat membangun. Ini adalah realiti. Namun, untuk Malaysia melangkah jauh ke hadapan, negara kita memerlukan penyelesaian baru terhadap cabaran-cabaran baru yang sedang kita hadapi.

Misalnya, saya akan memberikan contoh bahwa kita mengakui bahwa masih terdapat ketidaksamaan ekonomi antara kaum di Malaysia. Data-data resmi yang ada menunjukkan bahwa pendapatan isi rumah orang Melayu dan bumiputera adalah yang paling rendah dibandingkan dengan kaum-kaum lainnya. Tahu tidak? Dengan diam saja, orang Melayu dan bumiputera yang miskin masih berharap pemerintah melaksanakan dasar-dasar tindakan afirmatif di bawah lembayung kedudukan istimewa Melayu dan anak-anak negeri di Sabah dan Sarawak. Tujuannya adalah untuk membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan. Namun, kita juga harus mengakui bahwa setelah beberapa dekade, dasar tindakan afirmatif ini telah dilaksanakan, banyak golongan usahawan profesional dan hartawan bumiputera yang telah berhasil dilahirkan.

Mereka ini sebenarnya tidak mengharapkan lagi bantuan karena mereka tidak perlukan tongkat dari pemerintah karena mereka sudah bisa berdikari. Mereka dapat membiayai pendidikan anak-anak. Mereka sendiri tanpa mengharapkan beasiswa dari pemerintah. Mereka juga mampu memiliki asuransi kesehatan.

Untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang lebih baik, ada. Mereka tidak bergantung kepada sebarang kuota untuk anak-anak mereka yang berpengaruh. Belajar di IPTA ataupun bekerja di sektor kerajaan, malah mereka mampu bersaing berasaskan merit. Apa yang diharapkan oleh golongan ini ialah peluang. Mereka mahukan peluang yang boleh dicipta oleh kerajaan dalam sistem ekonomi untuk mereka menjadi lebih maju dan berdaya saing. Ini ikut tafsiran saya; mereka mengharapkan peluang untuk mengembangkan perniagaan, peluang untuk meningkatkan kemahiran, peluang untuk mewujudkan perusahaan yang berdaya maju, peluang untuk mengusahakan teknologi baru, dan peluang untuk berkolaborasi dengan pemain industri di dalam dan di luar negara. Terdapat bermacam-macam peluang yang membolehkan mereka bersaing di padang yang sama rata. Keadaan semasa dan jangkaan orang Melayu dan bumiputera untuk masa depan mereka sebenarnya sudah berubah, dan perubahan ini memerlukan anjakan dasar, serta tindakan afirmatif untuk orang Melayu dan bumiputera. Saya akan ambil satu contoh mudah. Dahulu, orang Melayu ini mundur kerana mereka tinggal di luar bandar, di kampung-kampung yang jauh daripada pusat pertumbuhan ekonomi. Mereka ada tanah, tetapi tanah mereka rendah; mereka ada kebun, tetapi hasil kebun mereka tidak terjual. Kalau terjual pun, harganya agak rendah kerana ditindas oleh peraih yang mengaut keuntungan. Mereka ada produk desa, tetapi produk mereka tidak dapat menembusi pasaran. Akhirnya, pendapatan mereka tetap rendah walau di mana mereka bekerja.

Dan satu-satunya cara untuk mereka ini lebih maju ialah berhijrah ke bandar. Namun, dengan kekangan kewangan dan kekurangan kemahiran, penghijrahan mereka ke bandar menyebabkan kehidupan mereka semakin terhimpit. Terhimpit dengan kemiskinan, dan akhirnya mereka kekal tetapi menjadi miskin. Sekian di bandar.

Namun hari ini, mereka tidak semestinya berhijrah ke bandar lagi. Untuk meningkatkan pendapatan dengan pendigitalan ekonomi, mereka boleh berada di mana-mana saja untuk menghasil dan juga memasarkan produk mereka. Contohnya, melalui TikTok Live dan juga platform jualan talian yang lain. Makcik Minah sebagai contoh di Kota Baru boleh memasarkan produk kain batik ke seluruh negara, atau ke seluruh dunia. Pak Main kita yang ada di Kuala Besut sebagai contoh boleh memasarkan produk keropok lekor ke seluruh negara. Abu yang ada di kampung saya di Muar juga boleh memasarkan pes ayam pedas. Terima kasih kerana menonton! Keseluruh negara. Alfred, kawan kita di Bintulu, boleh memasarkan pes laksa Sarawak.

Dah cuba tak dasar Sarawak? Keseluruhan negara. Malah hari ini kita dapati ramai orang Melayu dan Bumiputra menjadi jutawan hasil jualan barangan secara dalam talian. Inilah penciptaan peluang yang saya maksudkan.

Peluang. Maka apa dasar bersatu untuk memajukan ekonomi Bumiputera di abad yang ke-21 ini? Bagi saya, antaranya kita mesti memperjuangkan penyediaan lebih banyak peluang untuk orang Melayu dan Bumiputera menyertai bidang perniagaan dan keusahawanan, khususnya melalui pendigitalan ekonomi. Infrastruktur ekonomi digital mesti segera diperluaskan ke kawasan-kawasan luar bandar dan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja. Maka kerana itulah, semasa Perikatan Nasional menjadi kerajaan pusat, saya telah pun melancarkan Pelan Tindakan Rangka Ekonomi Digital Malaysia atau ringkasnya MyDigital dan menubuhkan Digital National Berhad (DNB) untuk mempercepatkan peluang rangkaian 5G ke seluruh negara. Kita mulakan, bersatu yang mulakan. Tepuklah tangan sikit.

Dan berdasarkan pengalaman pelaksanaan rangkaian 4G, kita dapati syarikat-syarikat telekomunikasi gergasi yang membuat pertimbangan berdasarkan keuntungan semata-mata. Tidak bersungguh-sungguh untuk menjadikan rangkaian 4G di kawasan luar bandar; mereka berkata belanjanya besar dan untungnya sedikit. Maka, kalau kerajaan menyerahkan sepenuhnya peluasan rangkaian 5G kepada syarikat telekomunikasi gergasi kepunyaan tauke-tauke kaya, terima kasih kerana menonton! Itulah orang asli di Gua Musang, orang Melayu di Ulu Temmeleng, orang Siam di Pendang, orang Kadazan di Beluran, dan orang Iban di Miri yang tidak dapat menikmati manfaat digital ekonomi yang mampu mentransformasi kehidupan mereka. Mereka selamanya akan terlepas peluang keemasan untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan memajukan diri. Bangsa dan negara jadi, inilah bentuk nasionalisme baru, a new nationalism, atau semangat kebangsaan baru yang mesti diperjuangkan oleh Bersatu. Jihad ekonomi Bumiputera di abad ke-21 tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan secara pukal; ia juga tidak seharusnya menyebabkan penafian hak dan peluang pada kaum-kaum yang lain.

Yang lebih penting ialah penciptaan peluang-peluang bagi orang Melayu dan bumiputera untuk maju, yang juga akan memberikan manfaat kepada semua kaum di negara kita. Maka, dasar tindakan afirmatif di bawah lembayung Perkara 153 Perlembagaan dan Persekutuan perlu diteruskan untuk membantu orang Melayu dan bumiputera yang memerlukan. Tuan-tuan dan puan-puan mesti diberikan peluang penciptaan untuk semua orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Murud, Iban, orang asal, dan lain-lain lagi untuk maju. Apabila pasaran tidak mampu menyediakan peluang-peluang ini, maka intervensi kerajaan diperlukan untuk menyediakannya. Inilah pentingnya melaksanakan dasar tindakan afirmatif di abad ini. Prinsip inilah yang menjadi asas Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang diperjuangkan oleh Bersatu dan dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional. Dasar ini bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum, kelas pendapatan, dan wilayah, ini menjadi teras dua Rancangan Malaysia, iaitu Rancangan Malaysia ke-12 dan Rancangan Malaysia ke-13. Matlamat utamanya adalah untuk memastikan kemakmuran negara dapat dikongsi secara bersama, tiada seorang pun rakyat Malaysia yang ketinggalan. Inilah perjuangan nasionalisme baru yang mesti dipelopori oleh Bersatu sebagai parti peneraju politik abad ke-21. Asas nasionalisme baru atau semangat kebangsaan baru ini dirangkum dalam lima prinsip teras Adilisme Bersatu.

Apa dia, saudara? Inklusif, apa lagi? Sederhana, demokratik, integritas, dan prihatin. Dan sebagai sebuah parti yang inklusif, Bersatu mestilah bersikap adil dan saksama dalam mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, serta membela hak-hak yang sah untuk diselesaikan.

Semua kaum sebagai satu parti peribumi yang sederhana bersatu mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan, menghormati hak semua individu untuk mengamalkan agama masing-masing, dan pada masa yang sama menolak sekeras-kerasnya fahaman agama dan perkauman yang ekstrem yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia ini. Parti yang demokratik, Bersatu, sentiasa menjulang Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Sebagai sebuah parti yang berintegriti, Bersatu sentiasa komited pada perjuangan untuk memerangi rasuah dan juga mewujudkan tadbir urus yang baik. Sebagai sebuah parti yang prihatin, Bersatu sentiasa menghargai sokongan anda semua, baik para perwakilan yang ada di sini mahupun rakyat yang berada di luar sana. Kami peduli kepada anda dan kami akan berjuang untuk kesejahteraan serta masa depan anda. Saya tahu dan akui bahwa masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong Bersatu dalam siri pilihan raya, baik pilihan raya kecil maupun pilihan raya negeri. Kemenangan Bersatu dan Perikatan Nasional disumbangkan sebahagian besarnya oleh sokongan padu pengundi Melayu dan Bumiputera. Walaupun terdapat juga sokongan dari bukan Melayu, ia masih perlu ditingkatkan lagi. Maka, sebagai sebuah parti yang mendokong semangat nasionalisme, semangat nasionalisme baru untuk Malaysia, Bersatu tidak hanya boleh bergantung pada sokongan orang Melayu dan Bumiputera untuk membentuk kerajaan.

Kerajaan yang akan dibentuk oleh Bersatu dan Perikatan Nasional adalah sebuah kerajaan berbilang kaum. Bukan satu kaum sahaja. Oleh itu, kepada rakyat Malaysia di kalangan orang Cina, India, Sikh, dan lain-lain, saya ingin memberi jaminan, "Don't worry, be happy." Jangan bimbang dan ragu, hak anda seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus dipertahankan. Kebajikan anda sebagai rakyat Malaysia akan terus dibela. Lihat rekod semasa kita menjadi kerajaan; tidak ada seurat benang pun hak kaum bukan Melayu yang dirampas atau diketepikan. Ada? Tidak, malah semua bantuan semasa pandemik COVID-19, yang saya masih ingat, diberikan kepada semua rakyat tidak kira kaum latar belakang, kata bukan warga Malaysia yang tinggal di Kuala Lumpur, ke mana-mana pun diberikan bantuan. Suntikan COVID-19, saya dan anggota kabinet kerajaan Perikatan Nasional pada waktu itu tidak melihat pada warna kulit ataupun kepercayaan agama untuk menyampaikan bantuan. Tengok siapa dahulu, siapa kemudian. Tidak ada. Saya tak pernah tanya, "Awak ni Melayu ke? Awak ni Cina ke?"

India ke? Belum dapat bantuan? Dan bagi Melayu dulu? Yang lain biarlah mati, ada? Tak ada.

Semua rakyat dibantu, tak kira apa, kaum ataupun agama. Yang penting, semua rakyat di negara ini menghormati hak dan juga menjaga maruah masing-masing untuk hidup aman dan harmoni. Ini adalah dasar dan prinsip bersatu kita. Apabila kami diberikan amanah, kami laksanakan. Apabila kami berjanji, kami berparti.

Bukan macam orang sana. Bohong. Semuanya bohong sepanjang masa. Al-Furqan, Al-Qur'an. Yang bermaksud, wahai orang-orang yang beriman, adalah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah.

Lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak melakukan keadilan. Tidaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua, kerana takwa adil itu lebih hampir kepada taqwa. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Komuniti Perniagaan Bersatu akan memimpin dan juga membantu pemain-pemain industri untuk mengambil manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas seperti Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) yang telah pun membuka luas pasaran baru, memanfaatkan pengurangan tarif atas barangan dan produk, pemindahan teknologi, dan aliran pelaburan masuk berteknologi tinggi untuk mencipta peluang-peluang pekerjaan yang berkemahiran dan berpendapatan tinggi. Memandangkan daripada sahabat-sahabat kita di Borneo, kita ingin menegaskan bahawa Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi yang membentuk Malaysia semasa Perikatan Nasional mentadbir negara kita. Kita telah pun mengambil tindakan yang berani, terima kasih untuk membentuk sebuah jawatan kursus khas perjanjian MA63 dan melaksanakan terma-terma perjanjian yang tertangguh sejak sekian lama. Hari ini, Sabah dan Sarawak menerima banyak manfaat hasil usaha yang telah dibuktikan oleh Perikatan Nasional. Kalau nak tahu, tanya orang Sabah dan Sarawak tentang manfaat hasil usaha yang telah dibuktikan oleh Perikatan Nasional. Kita di Sabah dan Sarawak memberikan jaminan, Bersatu komited untuk terus menghormati hak rakyat Sabah dan Sarawak serta pada masa yang sama mempertahankan keutuhan Malaysia sebagai negara persekutuan. Saudaraku dan saudari yang saya kasih sekalian, terima kasih. Sebagai negara persekutuan, kerajaan Madani ini adalah sebuah kerajaan yang gagal, betul? Kerajaan Madani sepanjang tempoh dua tahun, apa yang diperbuat?

Tipu ketimbang sana, ketimbang sini. Apa nak jadi? Dua tahun sudah tidak ada nampak ekonomi yang agak gah, lebihnya suram perniagaan. Kalaupun kita lihat di mana-mana kompleks mall, warung-warung tidak seperti dulu, makin lesu. Pasaran sahabat lembab, nilai ringgit naik turun, turun naik, habis itu kedudukan keuangan negara merisaukan dengan hutang dan liabiliti negara mencapai lebih Rp1.6 triliun. Mungkin waktu saya cakap ini, bertambah ribuan juta lagi. Ranjauan 2025 yang masih dibahaskan di paman nampak tidak jelas hal tuju dan tidak memberikan gambaran bahawa keadaan negara kita akan semakin pulih. Di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-10 dan kerajaan yang ada pada hari ini, kos barang hidup makin meningkat. Sudahlah, subsidi ditarik balik, cukai pula dinaikkan. Ini bajet sekolah mana? Teguh sajalah. Saya keluar di mana-mana ramai yang datang berhambat dengan saya dan berkata, “Bila lagi?” Saya tanya, “Apa yang bila lagi?” Bila lagi Perikatan Nasional nak ambil balik Putrajaya?

Kata dia, saya tanya mereka, kenapa? Tak tahan lagi lah, Tansri, hidup kami ni susah. Tak pernah berlaku dalam sejarah ada orang mati kebuluran waktu zaman COVID. Kita letakkan makanan di atas meja, betul tak? Saya bimbang saudara rakyat Malaysia terus akan mengalami serangan ekonomi putaran kedua pada tahun depan. Bila kita dengar menteri formula ke siapa yang cakap subsidi RON 95 ni nak ditarik oleh kerajaan, agak jadi ke tidak? Nak ke ditarik? Tapi dia bukan dengar dekat kita. Entah daripada mana datangnya, dia kata, "Tak, kita akan tarik balik." Akhirnya, apa jadi? Rakyat menanggung kesusahan bertimpa-timpa kerana kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi negara kita dengan baik sebelum berkuasa dulu. Kalau kita masih ingat, graduan mahasiswa dijanjikan apa yang dijanjikan, dihapuskan PTPTN. Malangnya, setelah berkuasa, graduan belum pun lagi mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian ataupun pendapatan tetap, sudah pun diburu oleh kerajaan Madani untuk mengutip hutang pinjaman. Jadi, sulit dan sukar. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai anak muda terpaksa beralih kepada ekonomi gig dan tidak boleh bertahan untuk menjamin produktiviti bagi masa depan mereka. Mereka terdedah kepada pelbagai risiko tinggi di usia yang masih muda. Umat Islam juga merasakan kedudukan agama Islam seolah tidak dibela dengan tegas oleh kerajaan. Isu kalimah Allah, sebagai contoh, ada pemimpin pertubuhan Islam datang jumpa saya melahirkan rasa kecewa mereka terhadap kegagalan kerajaan untuk menangani dengan bijak kes rayuan kalimah Allah dan juga pembatalan beberapa peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan. Pada masa yang sama, mereka bimbang dengan fenomena normalisasi fahaman liberalisme, sekularisme, pluralisme, dan menormalisasikan kepercayaan bahawa semua agama adalah sama, yang pastinya akan mengancam akidah umat Islam. Pemimpin pertubuhan Melayu juga jumpa saya untuk melahirkan kegusaran mereka mengenai kedudukan orang Melayu dan bumiputera.

Mereka merasakan bahwa tiada suatu dasar yang jelas, rancangan, dan tindakan informatif yang jelas oleh pentadbiran kerajaan hari ini untuk memastikan orang Melayu dan bumiputera mempunyai penyertaan yang signifikan dan berkualiti dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Pada masa yang sama, kedudukan rakyat Malaysia semakin terancam oleh kebanjiran masuk pendatang asing yang sebahagiannya tidak dapat dikesan ke mana mereka menghilang. Ada dalam kalangan mereka yang secara haram menguasai kawasan-kawasan atau bidang peniagaan tertentu. Selain itu, mereka sudah memiliki rumah dan tanah; ada juga yang sudah menjadi warga negara dan bergelar datuk. Betul? Mereka merampas peluang-peluang perniagaan orang tempatan. Perusahaan pekerjaan, di mana-mana premis pun, pasti kita lihat bukan orang Malaysia, betul tak? Lemah saja, ada juga di kalangan mereka yang tidak menghormati adat resam dan juga tidak menghormati undang-undang negara. Mereka membina bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, membawa budaya dan kecenderungan jenayah daripada negara asal, dan tidak menghormati sensitiviti rakyat tempatan, betul?

Jadi, mengambil kira situasi ini, sudah sampai masanya kita desak kerajaan Malaysia membentuk sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Malaysia. Setuju? Setuju?

Tujuannya adalah supaya suatu dasar yang komprehensif mengenai pekerja asing dan juga kemasukan warga asing ke Malaysia dapat dirangka untuk tindakan tegas diambil dalam mengatasi masalah kebanjiran warga asing yang tinggal di negara ini secara haram. Presiden Trump memenangi jawatan presiden Amerika dan mengeluarkan video di mana dia menghalau balik orang-orang yang datang ke Amerika Serikat secara ilegal. Berdedai-dedai mereka dipulangkan. Bolehkah hal sebegitu dilakukan di Malaysia? Jara kata boleh.

Dia nak keluar ke? Masalah ini kita tahu telah pun berlarutan. Saya akui, sejak dulu lagi, bahwa waktu untuk bertindak harus tiba, dan waktu itu adalah sekarang. Satu tindakan tegas dan berkesan mesti diambil untuk menyekat hal-hal seperti ini daripada berlaku kerana ia akan menjadi bom jangka yang mengancam keselamatan negara dan jati diri nasional kita. Kedaulatan dan keselamatan negara semakin terancam akibat dasar dan tindakan kerajaan yang kabur dan lemah dalam menangani isu berkaitan sempadan maritim negara. Malah, kerajaan juga membenarkan pemilikan asing dalam syarikat-syarikat yang mengendalikan aset rangkaian lalu lintas dan infrastruktur strategik negara. Biasanya, hal strategik yang penting tidak boleh diberikan kepada orang asing, tetapi kebocoran dan pelbagai kerugian pada negara akan berlaku. Walaupun Bersatu dan Perikatan Nasional menentang keras pemilikan saham mahb oleh syarikat yang ada kaitan dengan rejim Zionis Israel, seperti BlackRock, isu ini telah diperbahas di dalam Dewan Rakyat oleh ramai ahli parlimen kita, di parlimen dan di luar parlimen atas dasar keselamatan dan kedaulatan negara. Namun, kerajaan seolah-olah buat pekak telinga sahaja dan tidak peduli apa pun.

Dan negara kita ini menjadi negara yang tidak selamat. Kerajaan madani juga gagal melaksanakan janji-janji reformasinya. Orang berkata reformasi sudah menjadi reformasi. Perlawanan dengan janji mereka sebelum berkuasa untuk menjadi lebih demokratik, mereka berkata lebih adil, lebih bebas, lebih bertata kelola, tetapi apabila mereka sudah menjadi kerajaan, mereka menjadi lebih otokratik, lebih zalim, lebih mengongkong kebebasan rakyat, dan lebih korup, betul tak? Mereka mengamalkan politik dendam, dendam kesumat, melakukan siasatan dan pendakwaan berpilih, menghalang kebebasan bersuara untuk rakyat, termasuk di media sosial, menggunakan undang-undang zalim terhadap lawan politik, dan berkompromi dengan amalan rasuah oleh para kroni. Saya setarikh oleh karena siri kegagalan ini, sebuah organisasi yang dahulunya merupakan penyokong kuat mereka ini memberikan markah rendah kepada prestasi kerajaan madani.

D itu pun sebenarnya sudah baik. Sebenarnya bukan D. Dia segan untuk mengatakan F. Pemerintah yang gagal. Kalau saya mau bertanya di sini. Saya percaya sedarus menyetujui. Kita berikan dia grade F, setuju tidak?

Nampaknya penyakit kerajaan ini telah berubah daripada dijangkiti sindrom pembohongan bersiri yang kita kenal dahulu kepada sindrom kegagalan bersiri. Jadi, apa jalan penyelesaiannya, saudara-saudari? Penyelesaiannya adalah di tangan rakyat dan saudara-saudari semua. Tukar kerajaan dalam PRM bersuju. Cakap senang, dari saya sekalian bersatu, Perikatan Nasional adalah wadah yang menjadi harapan kepada orang Melayu, bumiputera, umat Islam, dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk memperbetulkan kembali keadaan negara kita. Kita mesti menghentikan dasar-dasar dan tindakan kerajaan yang membebankan rakyat, memulihkan ekonomi dan kewangan negara, mengembalikan keharmonian kaum dan agama, mengangkat serta merebatkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera tanpa mengabaikan hak rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Justeru, bersatu mesti pantas melangkah ke hadapan dengan cetusan idea yang baru dan segar untuk mencapai gagasan bersatu seperti yang digariskan. Saya ingin melontarkan satu usaha untuk menggabungkan dan menggarap seluruh kekuatan dan pengaruh, ilmu dan pengalaman, tenaga dan pemikiran.

Dalam membina gagasan perdamaian nasional ataupun rekonsiliasi nasional, sejujurnya tak? Usaha ini bukan hanya tertumpu pada penggabungan atau percantuman partai-partai politik yang berpegang pada idealisme, prinsip, dan nilai yang sejagat, tetapi juga saya menyambut dengan lapang dada dan mengucapkan terima kasih kepada badan-badan bukan kerajaan, ketubuhan masyarakat sipil, dan juga tokoh-tokoh masyarakat.

Bersatu yakin bahwa dengan kekuatan baru ini, kita dapat membina semula Malaysia yang gagah, yang bermaruah, dan dapat bersaing dengan negara-negara serantau dan global. Untuk itu, sebagai permulaan, Bersatu akan mengadakan sidang meja bulat dengan pelbagai pemegang taruh di dalam negara, termasuk aktivis masyarakat, tokoh pelbagai agama, aktivis seni dan budaya, serta pakar ekonomi, untuk mencari titik pertemuan dan penyelesaian demi kelangsungan dan juga kesedaran rakyat kita. Saya juga ingin melontarkan pandangan sedikit saja kepada pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Bukitera supaya tidak menumpukan kepada satu badan tunggal yang berdaftar.

Yang dapat memayungi semua NGO Melayu dan Bumiputera. Tak kira aliran apa sekalipun. Atas satu tujuan dan matlamat, untuk memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputera.

Saya yakin. Dengan suara ngo-ngo Melayu dan bumiputera, saya yakin bahwa suara ngo-ngo Melayu dan bumiputera yang bersatu hati atas dasar wahdatul fikr, penyatuan pemikiran, wahdatul qalb, penyatuan hati, dan wahdatul amal, penyatuan tindakan dan amal. Maka, matlamat kami untuk membela kebajikan masyarakat bumiputera dan memajukan kehidupan mereka akan lebih mudah dicapai, insya Allah. Dari saya sekalian, bersatu bukanlah jago kampung. Saya yakin bahwa Bersatu adalah parti politik yang mempunyai keupayaan untuk memainkan peranan penting di peringkat serantau dan antarabangsa.

ASEAN, umpamanya, mempunyai populasi lebih dari 650 juta penduduk. Peluang dan potensi baru terbentang luas untuk Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan negara-negara ASEAN dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan, dan memperkukuhkan ikatan serumpun. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Bapak Prabowo Subianto yang telah diangkat sebagai Presiden Indonesia di bawah sistem demokrasi dengan jumlah penduduk lebih dari 250 juta orang. Bersatu juga ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Lawrence Wong yang terpilih sebagai Perdana Menteri Singapura yang baru. Republik Singapura bukan sahaja jiran yang rapat dengan Malaysia, tetapi kita mempunyai hubungan kekeluargaan serta rakyat dengan rakyat yang baik dan harmoni.

Pergerakan Rakyat Malaysia sebanyak lebih 300 ribu orang setiap hari membuktikan kerjasama ekonomi yang utuh dan membantu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara ini. Thailand juga menyaksikan perubahan kepimpinan kerajaan baru dengan pelantikan Perdana Menteri Pe Tong Tan Sinawatra. Pe Tong Tan Sinawatra bersatu akan terus menjalin hubungan dan kerjasama dalam bidang diplomatik dan ekonomi dengan Thailand. InsyaAllah, kita juga akan menyaksikan perubahan kerajaan di Malaysia dalam masa yang terdekat ini. Mari kita menuju masa depan ASEAN dan Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera untuk rantau ini, agar kita dapat terus melangkah ke hadapan. Saudara-saudara, roh jiwa, semangat, komitmen, visi, dan misi Perjuangan Bersatu pada hari ini mestilah digandingkan dengan anjakan paradigma yang boleh merangsang perubahan pada hidup rakyat dan kelangsungan negara. Maka, seluruh ahli dan pemimpin Bersatu di semua peringkat bukan saja dituntut untuk menjuarai hidup rakyat dan kelangsungan Malaysia di desa, bukit, daerah, negeri, dan negara; ahli-ahli dan pemimpin Bersatu mesti menjadi jaguh nasional, jaguh serantau, dan berjuang sebagai wira antarabangsa dalam pelbagai aspek kehidupan rakyat dan kedaulatan negara. Itu adalah visi saya sebagai penaju politik abad ke-21. Saya juga mahu untuk memaparkan pendirian tegas dan jelas mengenai isu kronisme, nepotisme, mengenai tindakan rasuah dan salah guna kuasa, serta mengenai pengurusan perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan, undang-undang, dan pengurusan keadilan. Pembangunan modal insan perlu dipenuhi untuk memenuhi tuntutan pasaran kerja, serta usaha memunculkan dasar ekonomi kemakmuran bersama yang berkesan dan berwibawa.

Mereka bersatu, mestilah melakar rancangan dasar dan pendekatan baru yang selaras dengan peranannya sebagai peneraju politik abad ke-21. Sedari dan sedar, yang saya hormati sekalian, Bersatu, PAS, Gerakan, dan MIPP adalah rakan bersama dalam Perikatan Nasional. Muafakat politik yang kita bingkai ini telah membawa kesan yang positif dalam melanskap politik Malaysia. Kita bertanggungjawab untuk mempertahankan penyatuan politik yang progresif ini dan penjelasan yang kita galas bersama untuk mewujudkan kesatuan dalam pemikiran dan tindakan demi masa depan Malaysia yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia. Kita mesti bersatu dalam keyakinan kita.

Kepada sahabat-sahabat amada, dengan baik-baik ini pesanan saya. Anda adalah anak-anak muda yang membawa obor perjuangan besar masa kini dan juga di masa depan. Betul? Persiapkanlah diri kalian semua dengan ilmu di dada dan akhlak di sanubari. Tidak ada gunanya memiliki ilmu tetapi tanpa akhlak.

Akhlak yang baik, nilai yang murni, dan ilmu yang bermanfaat adalah bekal kalian untuk menjadi pejuang partai yang sejati. Pemilihan sudah selesai. Saf, maju ke hadapan sebagai sebuah pasukan anak muda yang kuat dan jitu untuk memenangi hati dan minda generasi muda Malaysia agar mereka bersama-sama dalam wadah perjuangan kita ini. Ingat, YB Hilman kepada saya, Sri Kandi adalah harapan saya. Peserta Kandi adalah tulang belakang partai yang setia berkhidmat pada partai. Banyak yang telah kita lalui dalam dekade perjuangan kita, dan saya ingin memberikan tabik hormat kepada kawan-kawan di Bersatu yang sentiasa setia pada partai. Dalam pertandingan dan pemilihan pun sudah selesai, elok zahirnya dan sentiasa bersedia membantu semasa kita senang ataupun semasa kita susah. Inilah erti Sri Kandi yang sebenar. Saya berharap agar Sri Kandi Bersatu akan terus berjuang untuk partai demi mencapai perjuangan kita ini. Ingat Mas Erbiyati.

Kepada saya, Sri Kandi Muda. Ini hasrat saya. Sri Kandi Muda saya baru parti. Memang anak saya pun. Saya berasa bangga kerana dalam masa yang singkat, Sri Kandi Muda telah dapat ditubuhkan secara resmi sebagai pemilihan dengan baik dan elok. Jadi, saya ucapkan tahniah supaya sayap parti yang baru ini adalah masa untuk kalian membina kekuatan daripada bawah. Tetapkan satu tempoh masa tertentu untuk membangun sayap, siap-siapkan di Muda ataupun Seri Muda di semua bahagian dan cawangan di seluruh negara. Berikan tumpuan kepada usaha-usaha pengkaderan untuk menarik minat lebih ramai wanita.

Kita muda mencari untuk bersatu di semua peringkat. Membina kekuatan Sri Kandi muda dari sekarang adalah penting kerana kalian adalah wajah-wajah masa depan Sri Kandi Bersatu yang menjadi tulang belakang hati kita. Saya ingin memberi peringatan kepada Ketua Sri Kandi Muda, Izzati. Pada saya, peskutu, andalah makna dan wajah bersatu sebagai parti yang inklusif. Ini bukan parti Melayu sahaja, tetapi di dalam kita ini terdapat rakan-rakan daripada bangsa lain. Wakilnya di sini adalah Dr. Chong Fatfull. Anilah kita ujabkan, kita harap mereka sebarkan berita gembira daripada kaum bukan Melayu di negara ini bahawa Bersatu adalah parti yang mempertahankan hak semua rakyat di Malaysia. Ajak mereka sama-sama mendukung perjuangan Bersatu.

Membina Malaysia yang lebih harmoni, lebih stabil, dan juga lebih maju untuk semua, kepada sebuah perwakilan Alibersatu dan aktivis parti: Jangan gentar, jangan undur! Gendang perang sudah dipalu; maralah ke hadapan dengan gagah perkasa. Kita sudah hampir. Terima kasih kerana menonton! Yang laobor, pejuangan parti ke seluruh perusahaan negara. Petani di sawah, pekebun di desa, kita disantuni mereka. Perniaga kecil, pekerja e-hailing, kita bantu mereka. Anak-anak muda dan belia, kita hulur tangan dan julang potensi mereka.

Wanita, pekerja kita pertahankan hak mereka. Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan Dusun, dan Murud, ini semua adalah warga besar kita. Patah atap kerana buluh atap dijalin dengan tali, patah sayap betongkat paruh, namur undur pantang sekali. Ayo, alih-alih bersatu, marilah kita bersatu hati. Marilah kita perkuatkan parti kita. Marilah kita gerakkan penyatuan bangsa kita dengan berbekalkan semangat kebangsaan baru kita untuk Malaysia. Bersama kita wujudkan Malaysia yang berjaya, Malaysia yang lebih makmur di masa hadapan, Insya Allah dengan izin Allah dan Maha Esa. Malaysia maju, negaranya sejahtera, rakyatnya. Terima kasih saya ucapkan. Wa billahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersatu! Bersatu! Bersatu! Bersatu! Bersatu!

Terima kasih. Terima kasih.