Agenda penyatuan Muhyiddin paling saya tak percaya

Source

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam kuasa ketiga. Saya tak boleh bercakap kuat, ya. Jadi, jika audio jelas, boleh tolong maklumkan kepada saya di ruang komen. Sila share ramai-ramai dan sertai Telegram saya, iaitu Regi Jesse Rita Odin. Di sana, akan ada undian-undian baru yang dijalankan supaya anda dapat lihat apa yang saya ceritakan ini betul atau palsu. Jadi, pergi ke Telegram dan cari Regi Jesse Rita Odin. Bagi mereka yang belum subscribe, sila pergi ke halaman Facebook Ragi Jaisiri Taudin dan tekan butang subscribe. Jika di YouTube, tekan butang member. Sekali lagi, jika audio jelas, boleh tolong maklumkan di ruang komen. Saya minta sangat-sangat bantuan anda. Takut tak ada audio.

Okey, sebelah saya audio dia jelas. Tapi tak tahulah sebelah anda. Jadi, saya ada dua tajuk menarik hari ini. Pertama, tajuk dia agenda penyatuan Muhyiddin. Paling saya tak percaya, jadi mengapa? Saya akan jelaskan dengan cara yang mudah agar anda boleh faham. Nombor dua, seperti yang saya janjikan dan setelah ditanya oleh pihak tertentu yang merupakan penyokong PH, formula Anwar untuk kekal sebagai PM. Jadi, ada orang dari PH tanya saya, "Awak asyik teguh, awak kata awak di tengah. Awak asyik teguh PAS, PAS perlu buat ini, perlu singkirkan Muhyiddin daripada jawatan pengerusi." PAS perlu kerjasama ini. Awak semua asyik bagi nasihat kepada Perikatan, mana nasihat untuk PH? Hari ini saya beritahulah dan saya harap semua dengar, termasuk penyokong PH, penyokong Barisan, dan penyokong Perikatan. Jadi, jika ada yang jelas, boleh tolong maklumkan. Saya sarankan anda tonton siaran langsung saya petang tadi, di mana tajuknya adalah "Ramai Melayu Mungkin Pinggirkan Perikatan Jika PAS Terus Duduk di Bawah Bayang-bayang Muhyiddin." Tonton di sana. Kemudian, satu lagi siaran langsung yang anda perlu tonton yang memberi penjelasan rapi dan menjawab banyak soalan anda ialah pada 1 Disember. Tajuk dia hanyalah satu cara PAS boleh jadi kerajaan.

Semua orang tahu termasuk Muhyiddin dan Zahid. Pendedahan penuh. Jadi anda perlu rujuk dua informasi secara langsung. Jadi, jika ada yang jelas, boleh tolong maklumkan. Saya minta bantuan anda untuk maklumkan kepada saya.

Jika anda mempunyai soalan, anda boleh mula bertanya di bawah. Dan selepas siaran langsung ini, saya akan cuba untuk menjawab. Baik. Agenda penyatuan Muhyiddin, paling saya tidak percaya. Saya telah beritahu kepada anda dan rata-ratanya semua setuju atau ramai yang setuju dengan saya.

Agenda penyatuan Melayu ini adalah satu pembohongan. Sebagai contoh, seperti yang saya katakan, kita lihat Perikatan sekarang, majoriti Melayu sudah bersama Perikatan. Melayu minoriti berada dengan Pakatan dan Barisan. Majoriti sudah bersama Perikatan, sekarang dah sampai tahap siapa yang tidak menyokong Barisan dan PH, kekal dengan mereka, dan selebihnya semua bersama Perikatan. Jadi, kalau ada peralihan pun akan berada dalam julat 2-3%. Namun, jika Muhyiddin kekal sebagai Pengerusi Perikatan dan menjadi calon Perdana Menteri Perikatan, saya khuatir akan berlaku perpindahan pengundi Melayu sama ada ke arah UMNO atau ke arah yang lain, mungkin ada yang berada di atas pagar dan mungkin tidak keluar mengundi. Jadi, Melayu sudah bersedia untuk bersatu. Apabila pemimpin selalu laung-laungkan, "Melayu perlu bersatu," Hadi ada membuat satu posting di Harakah, yang menceritakan tentang penyatuan umat. Mesti mereka membincangkan perkara ini. Mereka sudah bercerita tentang benda ini.

Bersatulah, perikatanlah, even proklamasi Melayulah, apalah, mereka duk cerita benda ini. Sudah tentu, Melayu yang mendengar teruja. Tetapi lupa berfikir bahawa, eh, Melayu dah lama bersedia nak bersatu. Jadi pemimpin-pemimpin ini, duk cerita ini, apa motif mereka? Untuk menguja orang Melayu.

Sampai mereka lupa berfikir, kita sudah lama ingin bersatu. Tetapi siapa yang tidak bersatu? Yang tidak bersatu adalah orang-orang yang selalu bercerita tentang penyatuan Hadi Awang dan Tun Mahathir. Sekarang Tun Mahathir bersama PAS dan itu saya akan sentuh sebentar lagi. Muhyiddin Yassin dan semua yang daripada mereka yang selalu bercerita, tetapi orang Melayu sudah ingin bersatu. Yang berterabur adalah parti-parti Melayu, NGO-NGO Melayu, proklamasi, semua berterabur. Jika kita lihat kepada Cina, mereka hanya ada dua parti utama, MCA dan DAP. Itu pun sekarang mereka duduk di bawah satu payung. Kemudian, apabila mereka buat pertama kali berkempen bersama di Makota, orang Cina teruja dan terus sanggup menyokong calon mereka. Masalahnya adalah kepimpinan. Hadi ada masalah dengan Muhyiddin, sekarang mereka mengaku atau tidak mengaku, ada masalah dengan Zaid, Zaid ada masalah dengan Hadi. Muhyiddin pula ada masalah dengan Zaid, dan Zaid ada masalah dengan Muhyiddin. Muhyiddin juga ada masalah dengan Tun Mahathir. Walaupun mereka kini berurusan, ada orang yang berkata ada atau tidak, tetapi memang ada. Kemudian NGO-NGO Melayu dan kumpulan-kumpulan Melayu, dalam pada itu kita diberitahu Muhyiddin dan Tun Mahathir pernah bertemu kononnya sudah settle. Namun ada proklamasi Melayu lagi daripada pihak Tun. Kemudian ada SG4, satu kumpulan dalam PAS yang meletakkan Tun Mahathir sebagai penasihat sedangkan PAS adalah sebahagian daripada Perikatan. Anda boleh lihat, masalahnya bukan dengan Melayu, tetapi dengan mereka. Bila contohnya Hadi bercerita tentang penyatuan umat, pernahkah Hadi membuka pentas Muzakarah dan menjemput Anwar, Mat Sabu, dan semua untuk duduk sepentas dan berbincang? Ya, mereka ada masalah, tetapi demi penyatuan umat, masalah itu sepatutnya diletakkan tepi dahulu dan bincang. Pernahkah Hadi berbuat begitu? Tidak pernah. Pernahkah Muhyiddin melakukannya?

Tak pernah. Pernahkah Zahid buat? Tak pernah. Pernahkah Anwar buat? Tak pernah.

Siapa yang pernah buat? Tun. Pentas Maruah Melayu. Masa Tun jadi Perdana Menteri. Yang lain ada buat tak?

Tak buat. Tapi duk cerita. Okay? Jadi, penyatuan Melayu ini saya sudah beritahu kepada anda. Bila awak dengar mereka bercerita, terus tutup video atau terus tidak. Buang masa.

Awak fikir berapa lama, berapa tahun dah dilawankan cerita dongeng ini? Lama. Okey. Tiba-tiba Muhyiddin nak syurtubuh sebuah badan seperti Dong Zong untuk Bumiputera. Saya baca sikit ya.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, mencadangkan penubuhan sebuah badan yang memayungi NGO Melayu Bumiputera. Menurutnya, badan berkenaan akan memastikan struktur kepimpinan yang lebih jelas dalam usaha untuk memperjuangkan kepentingan Melayu Bumiputera di negara ini. Jadi, Muhyiddin ingin menubuhkan satu perkumpulan baru untuk memperjuangkan kepentingan kaum Melayu Bumiputera. Pertama, anda perlu melihat kelemahan dalam cadangan ini. Jadi, Bersatu dan Perikatan Nasional tidak cukup. Kenapa perlu ada perkumpulan yang berbeza? Jika saya telah memberitahu bahawa terdapat banyak NGO dan kumpulan ini, jika anda tanya, mereka memperjuangkan apa? Agama, bangsa, negara. Bersatu memperjuangkan apa? Agama, bangsa, negara. Umno memperjuangkan apa? Kononnya agama, bangsa, negara. Pas memperjuangkan apa? Pasti sahaja agama, bangsa, negara. Pas memperjuangkan apa?

Agama, bangsa, dan negara tiba-tiba menjadi isu. Kenapa anda tidak fokus kepada NGO ini dahulu di kalangan anda? Kenapa tidak selesaikan dahulu? Kenapa hubungan anda dengan PAS semakin retak? Mengapa Mursyidul Am PAS hanya tahu bercakap tanpa tindakan? Kenapa mencadangkan calon Perdana Menteri dari PAS? Banyak anak panah terarah kepada Mursyidul. Sekutu anda dengan nasihat yang seharusnya dikawal. Perkara ini patut dibincangkan di peringkat kepimpinan, sedangkan orang-orang Muhyiddin sendiri telah keluar dan berkata secara palsu bahawa Muhyiddin adalah "poster boy". Tiada pula usaha untuk meruntuhkan komunikasi dengan pihak Amerika. Kenapa pula Muhyiddin nampak seolah-olah seorang dewa yang mempunyai kekebalan? Hanya dia seorang yang boleh berbincang, kononnya. Satu pihak mahukan jawatan Menteri Besar di tiga negeri. Tetapi apabila Mursyidul bercakap, banyak anak panah terarah kepadanya. Penyatuan apa itu? Itu adalah bibit-bibit perpecahan yang ditimbulkan oleh Muhyiddin dan orang-orangnya yang semakin terdesak kerana ditolak dari dalam Bersatu dan Perikatan Nasional. Jadi, apabila anda mendapati diri anda terdesak, anda melakukan perkara-perkara yang menimbulkan bibit-bibit perpecahan.

Dan di sini awak bercerita tentang penyatuan orang-orang yang tidak ada kaitan dengan awak, iaitu NGO. Mengapa tidak fokus kepada penyatuan dari dalam? Dan jika bersatu dalam cerita tentang agama, bangsa, dan negara, selepas membincangkan babak agama, bangsa, dan negara, mengapa tidak bincang ke arah dua menjadi satu? Awak ada satu payung perikatan, tetapi di dalamnya ada dua yang membincangkan perkara yang sama. Mengapa tidak cari jalan tengah? Sebab ada kepentingan kan. Sebab kalau cari jalan tengah, timbul pula soal siapa yang nak jadi presiden parti gabungan itu. Jadi, kau orang yang berpecah, dan jangan lupa pula Tun, kau bagi penendang kepada dia kerana gara-gara kau nak jadi Perdana Menteri. Kau tendang dia. Apa yang dia lakukan adalah betul.

Dia kekal sebabnya. Sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, sebab cara kerajaan terdahulu ditumbangkan tidak betul. Walaupun mungkin Muhyiddin boleh kata niatnya ikhlas, tapi caranya tidak betul. Muhyiddin nak mendahului.

Dia terdesak. Dia nak mendahului Tun. Jadi, dia kata "Dengan atau tanpa Tun, kita akan keluar." Dan bila Tun tak mahu, dia tak hormati Tun, jadi dia kata "Dengan atau tanpa Tun, kita akan keluar." Apabila Tun tak mahu, dia terus keluar, walhal kejatuhan Tuhan, kerajaan pimpinan Barisan Nasional adalah kejayaan Tun. Tanpa Tun, Muhyiddin adalah tiada siapa.

So, bila kerajaan Barisan Nasional dah ditumbangkan, kemudian Tun jadi Perdana Menteri, Muhyiddin tumbangkan Tun. Sebab Muhyiddin nak jadi Perdana Menteri, dia beritahu orang-orang di Bersatu, dengan atau tanpa Tun, mereka akan keluar. Dan kerjasama dengan pihak yang dulu Muhyiddin kata adalah kleptokrat yang kita kenal. Mereka, kita kena jatuhkan mereka. Muhyiddin tak sabar, jadi dia keluar. Tun kata tak boleh, dia kekal sebagai Pengerusi Pakatan. Atas alasan itu, Muhyiddin telah menendang Tun keluar dari Bersatu dengan cara yang tidak ikut protokol lazim. Tidak ada protokol yang betul dan tidak ada rahsiaan. Seinsaf dan sebagainya oleh Muhyiddin, jadi penyatuan apa yang Muhyiddin bincang. Pas pula ada juga kelemahan. Dulu Pas mesra dengan Tun, tetapi bila nampak Muhyiddin boleh jadi Perdana Menteri dan Pas boleh masuk kerajaan, tiba-tiba mereka lupakan Tun dan bersama Muhyiddin.

Kemudian, akhirnya, bila sudah mula sedar sekarang bahawa Muhyiddin sudah menjadi beban, tiba-tiba dia mesra kembali dengan Tun. Kemudian, wujudlah SG4, menaikkan Tun, kira ada satu kumpulan baru, lah. SG4 ini bagaikan formula untuk sailang Muhyiddin. Apa ceritanya ini? Jadi, kamu semua yang menimbulkan perpecahan, jadi hilanglah Muhyiddin. Apa ceritanya ini? Ya? Jadi, kamu semua yang menimbulkan perpecahan. Bila Muhyiddin cerita, bapak NGO-NGO ini, mengapa saya tak nampak lagi Muhyiddin ambil iktibar untuk memperbetulkan keadaan? Sebenarnya, inisiatif ke arah penyatuan Melayu ini sudah wujud. Ada perbincangan-perbincangan yang dilakukan Muhyiddin; jangan pura-pura tak tahu. Saya cerita kepada kamu semua, ada wakil dari PKR yang turut serta dalam perbincangan itu.

Ada wakil Tun dalam perbincangan itu. Ada wakil Tun. Amanah dalam perbincangan ini sebelum langkah Sheraton. Ada wakil Bersatu dalam perbincangan itu, ada wakil PAS dalam perbincangan itu. Ya, tetapi Muhyiddin tak sabar. Dia ambil secebis dari PKR iaitu Azmin dan kumpulannya, kemudian dia pergi bincang menerusi orang tengah, bincang dengan Zahid, kemudian PAS, kemudian bentuk kerajaan daripada usaha menyatukan kembali perpecahan. Jadi, koranglah yang menjadi masalah sebenarnya ke arah penyatuan. Sebab itu tajuk saya hari ini. Saya kata saya paling tak percaya bila agenda penyatuan ini keluar dari mulut Muhyiddin. Okay, so anyway, Muhyiddin gotta go, dan PAS kalau berdolak-dalik, ya babak ini, bye-bye. Saya boleh jamin korang ni akan duduk sebagai pembangkang sampai bila-bila. Weeding gotta go. Mengarutlah dia ini.

Dia memang mengarut. Jadi, itu satu. Kedua, formula Anwar ke KLPMS. Jadi, orang kata, Reggie, kau kata ada formula. Macam mana?

Baiklah, mudah sahaja. Pertama, kamu semua perlu faham tentang demokrasi. Saya akan bincangkan secara ringkas sekarang, kemudian kamu boleh bertanya soalan kepada saya. Setelah semua soalan dikumpulkan, saya akan mengadakan satu siaran langsung yang panjang untuk menerangkan dengan lebih terperinci. Jadi, secara ringkas, kamu perlu memahami demokrasi terlebih dahulu.

Asas demokrasi ialah perdebatan secara terbuka tentang isu-isu, kemudian mencari satu kesepakatan menerusi pengundian. Contohnya, di Dewan Rakyat, ada rang undang-undang yang hendak dibentangkan, contohnya belanjawan. Jadi, belanjawan dibentangkan, kemudian berlaku perdebatan, akhirnya ia melalui pelbagai siri pengundian sehingga ke pengundian terakhir. Apabila pengundian terakhir itu dibuat, katakan pada ketika itu 200 Ahli Parlimen (MP) hadir dalam Parlimen. Jadi, apabila 200 MP itu mengundi, katakan undi belah bahagi 110 sokong belanjawan. Maknanya, belanjawan itu lulus sebab dapat undian majoriti. Nah, walaupun 110 sokong, maknanya 90 kira tak sokong, tetapi sekali ianya sudah diluluskan atas undian majoriti, maka kini ianya dianggap sudah lulus. Maka, kesemua 200 MP, malah kesemua 222 MP kini perlu ada kesepakatan untuk mempertahankan belanjawan itu. Dianggap kesemua 222 MP mewakili belanjawan itu walaupun ada yang tak undi atau tolak. Tapi akhirnya, selepas ianya dipersetujui oleh majoriti, maka ianya kini menjadi tanggungjawab 222 MP ini untuk mempertahankan belanjawan itu atau sekurang-kurangnya mewakili perbelanjaan itu. Atau kita boleh katakan belanjawan itu kini diwakili oleh 222 MP, atau dengan cara lain, belanjawan itu mewakili 222 MP.

Itu adalah demokrasi. Jadi, seolah-olah 222 wakil rakyat telah menyokong belanjawan. Hanya pada ketika undian sahaja, mereka boleh menyuarakan rasa tidak puas hati. Sekali sudah lulus, perkara itu berakhir di situ. Jadi, itu adalah asas kepada konsep demokrasi.

Asaslah, sudah tentu. Ada contoh-contoh yang lebih rumit dan pertimbangan yang lebih banyak. Jadi, kita tidak mahu masuk ke dalam semua itu. Begitu juga, contohnya, kita ambil Selangor.

Okey. Selangor ada berapa kerusi parlimen? Okey, Selangor kita lihat bukan negeri kita nak peringkat Selangor ya, kita lihat Selangor baik. Okey, Selangor ada 22 kerusi parlimen. Okey, pada PRU 15, Pakatan menang 16 kerusi, Perikatan menang 6 kerusi. Okey, Pakatan menang 16 kerusi. Perikatan menang 6 kerusi.

Kemudian, baru-baru ini, ada pilihan raya enam negeri, termasuk Selangor. Kita ambil contoh Pilihan Raya Umum ke-15. Pakatan Harapan memperoleh 16 kerusi, manakala Perikatan Nasional mendapat 6 kerusi. Jadi, maknanya Pakatan Harapan mempunyai lebih banyak kerusi berbanding Perikatan Nasional. Di Parlimen, kita tidak mengira kerusi ini milik Pakatan atau Perikatan, kita tidak kisah. Ianya cuma ada 22 kerusi dari Selangor, okey? Dia tidak mengikut negeri. Kemudian, kita jumlahkan dengan kerusi-kerusi dari negeri-negeri lain. Jadi, berapa jumlahnya? Jumlahnya adalah 222 kerusi. Kemudian, kita lihat parti mana yang memegang kerusi paling banyak.

Itu sahaja. Kalau contohnya PH pegang 113 kerusi, maknanya di Parlimen PH dapat majoriti kerusi. Maka senang kerja nak calonkan Perdana Menteri dan senang kerja Yang di-Pertuan Agong nak lantik Perdana Menteri. Sebab PH akan calonkan Anwar, kemudian Yang di-Pertuan Agong lazimnya akan anggap kalau PH calonkan Anwar dan PH pegang 113 kerusi, maka dianggap 113 MP itu sokong Anwar. Jadi, tak payah nak tengok bukti, tak payah nak panggil MP-MP mengadap, terus lantik Anwar jadi Perdana Menteri.

Kerana pada hemat Seri Paduka Baginda Tuanku, Anwar mungkin dapat sokongan majoriti. Jadi, kerja lebih senang. Tetapi, seperti PRU15 yang berlaku, tidak ada mana-mana parti yang dapat kerusi majoriti. PH dapat 81 kerusi, bukan 82; itu satu penipuan kerusi. Muda ini tak kira, jadi 81 Perikatan dapat 74. Tidak ada siapa yang dapat majoriti, jadi ianya tertakluk kepada hemat Seri Paduka Baginda Tuanku, siapa yang mungkin dapat sokongan. Dan tidak ada pula diceritakan dalam perlembagaan cara Tuanku akan tentukan. Jadi, awak bawa bukti sekalipun, tidak semestinya Tuanku wajib ikut bukti itu seperti SD dan sebagainya. So, akhirnya Tuanku telah melantik Anwar sebagai Perdana Menteri atas pertimbangan-pertimbangan Tuanku yang saya tidak ingin masuk di sini. Jadi, bolehkah pada PRU lepas, wujud satu sistem di mana jika ada sistem itu pada ketika PRU15 berlaku, tidak akan jadi kekeliruan siapa harus jadi Perdana Menteri. Di mana walaupun PH hanya dapat 81 kerusi, tetapi jika satu sistem wujud pada PRU15, maka menurut sistem itu sudah dikira ada sokongan majoriti dan mudah bagi Tuanku membuat keputusan. Bolehkah ada sistem itu? Boleh, ini yang saya cadangkan. So, kita kembali kepada Selangor. Sekarang ini, pada PRU15, setiap PH dapat 16 kerusi dan Perikatan dapat 6 kerusi. Jadi, bila kita kira 81 kerusi PH itu, ia termasuk 16 kerusi dari Selangor dan bila kita kira 74 kerusi Perikatan, ia termasuk 6 kerusi dari Selangor. So, penumpuannya adalah kerusi sekarang. Apa kata kita wujudkan satu sistem menerusi pindaan perlembagaan khusus bagi fasa perlantikan Perdana Menteri, khusus bagi penentuan siapa harus jadi Perdana Menteri. Jadi, menurut sistem ini, 222 kerusi ini kita tukar jadi sistem poin. Selepas PRU15, ada 222 poin, 22 poin dari Selangor. Sebab Selangor ada 22 kerusi, jadi menurut sistem poin ini, jika PH menang majoriti di Selangor, kerusi parlimennya, bukan kerusi negeri. Jika PH menang majoriti, maka PH tidak dapat 16 poin sebab PH menang 16 kerusi, tetapi mereka dapat 22 poin dari negeri itu kerana ada 22 kerusi. Maknanya, 22 poin. Jadi, bila kita kira poin bagi PH di peringkat parlimen daripada 222 poin dari Selangor, sahaja PH dah dapat 22 poin. Jika kita ikut sistem kerusi daripada 222 kerusi di Selangor, sahaja PH hanya dapat 16 kerusi, tetapi menurut sistem poin, jika PH menang majoriti kerusi dari Selangor, maka mereka juga merampas semua poin, termasuk poin Perikatan Nasional.

Saya tak kata Perikatan hilang kerusi mereka. Mereka kekal. Kerusi mereka, MP mereka kekal. Tetapi, tujuan untuk mencalonkan Perdana Menteri adalah PH merampas sebab mereka dapat majoriti. Jadi, PH dapat 22 point dari Selangor. Begitu juga di negeri-negeri lain di mana PH dapat majoriti. Kau longgokkan point itu bersama, kau akan dapati jumlah point yang dimiliki oleh PH melebihi. Melebihi selanjutnya.

111 maknanya, kalau kita ikut sistem point PH, ada majoriti point. Walaupun mereka mempunyai 81 kerusi, tetapi mereka mempunyai majoriti point kerana Perikatan Nasional hanya ada 74 kerusi, tetapi sokongan mereka bertumpu ke negeri-negeri tertentu. Jadi, apabila ada majoriti point dan B.H. mencalonkan Anwar, maka lebih mudah bagi Yang di-Pertuan Agong untuk percaya tanpa perlu sebarang rujukan bahawa Anwar mempunyai sokongan majoriti kerana boleh dilakukan pindaan perlembagaan untuk memasukkan satu klusa atau satu bahagian yang menyatakan bahawa selepas pilihan raya, parti yang memperoleh jumlah point terbanyak akan dikira sebagai parti majoriti, bukannya jumlah kerusi terbanyak. Jumlah point terbanyak akan dikira sebagai parti majoriti dan perlu ada pindaan untuk memperkenalkan sistem point ini, yang hanya akan berkesan selepas pilihan raya. Namun, sebaik sahaja parlimen bersidang, maksudnya selepas perdana menteri dilantik, beliau akan menubuhkan kerajaan, mencalonkan menteri-menteri, dan kemudian, sebaik parlimen bersidang, sistem point ini akan menjadi tidak relevan kerana setiap undian yang berlaku dalam parlimen akan berfungsi seperti sekarang, di mana kita mengambil undian majoriti daripada MP.

Sistem point sudah tidak wujud. Poin hanya berkuat kuasa selepas pilihan raya sehingga parlimen bersidang. Dalam pindaan yang dilakukan, ditulis bahawa parti yang mendapat poin terbanyak adalah parti yang dikira sebagai parti majoriti. Kita takrifkan sebagai kumpulan. Jangan kata parti, kita kata kumpulan yang mendapat poin terbanyak. Kumpulan ini boleh jadi gandingan parti-parti ataupun gabungan parti-parti. Jika gabungan parti-parti seperti Pakatan Harapan yang kebetulan juga merupakan parti, tetapi boleh jadi gandingan parti-parti seperti contohnya Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Jika kita kira gandingan parti-parti, memang lagi banyaklah poin gandingan itu. Sebab, jika kita libatkan Sabah dan Sarawak, memang luar biasa poinnya. Walau bagaimanapun, jika ikut sistem poin, Pakatan Harapan memang sudah menjadi majoriti. Kemudian, bila ditakrifkan begitu, maka apabila Pakatan Harapan mencalonkan, tanpa berbincang dengan UMNO, mereka tidak perlu berbincang dengan UMNO. "Eh, kau nak kerjasama dengan kami ke? Sebab kami nak Anwar jadi Perdana Menteri." Jangan pergi sokong Muhyiddin. Kemudian, Sabah-Sarawak, "Eh, jangan sokong Muhyiddin, kami nak jadi Perdana Menteri." Semua itu tidak perlu dibimbangkan. Pakatan Harapan boleh terus menamakan Anwar dan menunjukkan bahawa dari sudut majoriti, mereka mendapat majoriti kerana mendapatkan banyak poin. Sekarang, bukankah mudah dalam keadaan sistem poin ini? Pindaan hanya perlu dilakukan dalam perlembagaan. Sistem poin ini hanya akan menjadi rujukan dalam keadaan parlimen tergantung, yang bermakna tidak ada pihak yang dapat majoriti. Dalam keadaan parlimen tergantung, sistem poin ini akan mengambil peranan. Bukankah mudah? Tidak perlu bertengking. "Oh, patut Muhyiddin jadi Perdana Menteri, sebab dia bawa 115." Bukankah mudah? Tidak perlu bincang; Yang di-Pertuan Agong masih bebas untuk memilih sesiapa sahaja. Yang di-Pertuan Agong masih boleh pilih Muhyiddin. Itu adalah kuasa budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong. Tetapi bukankah mudah jika Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan tanpa perlu dipertikai oleh sesiapa, tanpa perlu dipertikai oleh Muhyiddin, sampai Istana Pahang terpaksa buat laporan polis? Itu saya cerita dalam siaran langsung yang lain. Tidak mengapa, yang di-Pertuan Agong juga menjalankan tugas dengan mudah. Sistem poin ini menunjukkan bahawa Pakatan dapat 118 atau 120 poin. Jadi ini meningkatkan keyakinan bahawa Anwar mungkin dapat sokongan majoriti. Jadi kita beri kepada Anwar. Sebenarnya, ada sistem poin ini; jika tidak ada sistem poin ini, tidak akan ada beza. Kosongnya yang dipertanggungjawabkan tetap bebas memilih.

Tetapi ia cuba untuk memudahkan kerja dan ia tidak akan menimbulkan kekeliruan atau persengketaan. Mungkin awak beritahu, kalau macam itu, lagi buang masa. Eh, tidak buang masa sebab apa? Tidak buang masa sebab sekarang ini, parti-parti akan sedar bahawa dalam keadaan parlimen tergantung atau tidak tergantung, kita perlu mendapatkan lebih banyak poin untuk mendapatkan lebih banyak poin. Kita perlu mendapat majoriti kerusi parlimen, bukan kerusi negeri. Majoriti kerusi parlimen dalam negeri-negeri di Semenanjung. Jadi, kalau dulu Perikatan Nasional fokus pada negeri-negeri mereka, tetapi sekarang mereka sedar kita tidak boleh memandang remeh Pulau Pinang. Kita perlu mencari jalan untuk membawa Pulau Pinang ke hala tuju kita. Untuk itu, jika PAS atau Perikatan terus dengan cara mereka, sudah tentu mereka tidak akan dapat menang di Pulau Pinang selama-lamanya. Tetapi jika mereka ubah dan mengurangkan naratif perkauman, tidak mustahil mereka dapat majoriti kerusi parlimen di Pulau Pinang. Sekiranya Perikatan dapat majoriti kerusi parlimen di Pulau Pinang, maka mereka akan pegang 13 kerusi parlimen. Mereka akan mendapatkan 13 poin kerana di Pulau Pinang terdapat 13 kerusi. Selepas PRU 15, PH memegang 10 kerusi dan Perikatan memegang 3 kerusi. Saya tahu selepas itu berlaku pilihan rakyat di 6 negeri, tetapi saya tidak mahu mengambil kira. Jadi, selepas PRU 15, PH mempunyai 10 kerusi, Perikatan 3 kerusi. Mengikut sistem poin, PH akan mendapat 13 poin. Tetapi jika Perikatan mendapatkan 3 kerusi, contohnya Perikatan dapat 8 kerusi dan PH mendapat 5 kerusi, siapa yang akan dapat 13 poin? Perikatan. Jadi, Perikatan perlu mengurangkan naratif perkauman. Begitu juga PH, mereka akan sedar bahawa jika begini, kita perlu cari jalan untuk pegang lebih banyak negeri dari sudut majoriti kerusi parlimen. Jadi, kita perlu mencari jalan untuk menembusi Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah. Untuk melakukan itu, kita perlu mengurangkan naratif perkauman supaya orang Melayu menerima kita. Jadi, PH pun lambat laun secara automatik akan mengurangkan naratif perkauman harapnya, contohnya satu hari nanti kita lihat Terengganu sebagai contoh. Terengganu berapa?

Kita tengok Terengganu berapa? Kita tengok. Terengganu. Kerusi parlimen. Ada 8.

Sekarang siapa yang memegang Perikatan? PH akan kata, alangkah eloknya kita boleh menang lima kerusi parlimen di Terengganu. Tapi kau tahu, kau tahu dan saya tahu, ia adalah tidak mungkin. Melainkan PH berubah. Jadi, masing-masing akan cuba mengurangkan naratif perkauman.

Dan ini akan membawa penambahbaikan dalam politik negara kerana fokus perbincangan akan beralih daripada naratif perkauman kepada naratif dasar dan kepada naratif ekonomi. Pembangkang akan terpaksa memberikan cadangan-cadangan bukan sekadar membangkang saja, tetapi bagaimana mereka akan menyelesaikan masalah jika mereka menjadi kerajaan. Secara amnya, ia akan membawa penambahbaikan. Apabila terdapat penambahbaikan, akhirnya, apabila tidak boleh lagi menggunakan naratif perkauman sebagai modal, akhirnya akan jadi apa? Parti-parti akan secara automatik bertukar menjadi sistem dua parti kerana parti-parti kecil yang lain yang cuba mewujudkan parti selain daripada dua kumpulan besar ini tidak akan berjaya. Jadi, untuk menjadi lebih kuat, parti-parti ini akan cuba bergabung. Parti selain daripada dua kumpulan besar ini tidak akan berjaya, jadi untuk menjadi lebih kuat, parti-parti ini akan cuba bergabung untuk membina kekuatan. PH akan cuba membina kekuatan, Perikatan akan cuba membina kekuatan supaya ada peluang. Parti-parti kecil ini sedar bahawa jika mereka menjadi MP pun, mereka tidak boleh memegang apa-apa kuasa. Perdana Menteri tidak akan datang dari mereka; lebih baik mereka bekerjasama dengan satu parti. Secara beransur-ansur, memang akan wujud sistem dua parti. Jadi, pada PRU15, jika wujud sistem ini, Anwar akan dapat memberitahu bahawa dia tidak perlu pergi berbincang dengan UMNO, dia tidak perlu pergi berbincang dengan Sabah dan Sarawak. Dia boleh menghadap Yang Dipertuan Agong bagi pihak PH dan berkata namanya telah dicalonkan dan mengisytiharkan bahawa pakatan mendapat contohnya 115 atau 116 sokongan.

Sebagai contoh, okey? Dan Agong boleh pertimbang atau dia boleh bawa. Kalau kita ambil poin saya, poin PH campur poin sebab Barisan Nasional tak ada poin sebab mereka tidak pegang. Di semua negeri, Barisan Nasional tidak ada majoriti.

Tapi Sabah dan Sarawak ada kumpulan yang mempunyai majoriti. Jadi, mereka pegang semua poin. PH ada banyak poin ini. Saya ada PH, ada banyak poin. Sabah, kita ada banyak poin ini.

Sarawak ada banyak titik. Kita semua berada di bawah satu kumpulan. Jadi, kalau ikut pindaan perlembagaan, ia adalah jumlah poin dan bukan hanya parti atau gabungan parti. Jadi, memang terang lagi bersuluh bahawa Anwar mempunyai majoriti. Tanpa UMNO, Anwar bersama Sabah dan Sarawak boleh mengisytiharkan dengan selesa bahawa Anwar adalah Perdana Menteri. Kemudian selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar boleh pergi berbincang dengan UMNO. "OK, saya nak lantik 4 menteri dari UMNO, 4 menteri dari Sabah, 4 menteri dari Sarawak." Jika Anwar ikhlas, dia boleh pergi kepada BERSATU dan berkata, "Saya nak lantik 3 menteri dari BERSATU, 3 menteri dari PAS." Saya nak wujudkan kerajaan perpaduan dalam erti kata sebenar dan Anwar membentuk kerajaan.

Kalau bersatu dengan PAS tidak mahu menerima perlawanan Anwar untuk masuk kerajaan. By the way, kesilapan terbesar Muhyiddin, itu saya akan bincang dalam siaran langsung yang lain, okay. Jadi, esok saya akan bincang. Jika mereka tidak akan menerima, maka Anwar boleh melantik teknokrat untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, ya, dan kemudian pindaan perlembagaan juga dibuat untuk mewajibkan perdana menteri mengusulkan undi percaya untuk menguji keabsahannya. Masa berlaku undi percaya, saya sudah beritahu, sebaik Parlimen bersidang, sistem poin ini sudah tidak wujud. Undi percaya atau tidak percaya, semuanya berdasarkan undi majoriti di Dewan Rakyat. Jadi pada masa itu, baru Anwar akan tahu, selepas dua tahun, adakah saya ada majoriti?

Jadi, kalau UMNO puas hati dengan Anwar, dan kalau semua puas hati dengan Anwar, maka dia akan dapat undi majoriti. Berdasarkan jumlah MP yang sokong dia. Dan undi majoriti di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan Perdana Menteri bukannya berdasarkan 222 kerusi, tetapi berdasarkan jumlah MP yang hadir di parlimen pada ketika undian dibuat. Jadi katakan 100 MP yang hadir, maka Anwar perlu ada 51 undi memihak kepadanya. Jika dia dapat 51 undi memihak kepadanya, maka dia sudah disahkan sebagai Perdana Menteri.

Jadi, sistem ini dapat mengurangkan polemik perkauman dan juga menjurus ke arah sistem dua parti. Oleh itu, esok tidak mustahil bagi Perikatan Nasional, jika ada sistem ini, untuk boleh berstrategi. Mereka tahu bahawa mereka tidak akan menagih undi daripada bukan Melayu, kerana perjuangan mereka memang tidak dapat menarik undi bukan Melayu. Mereka tidak mahu berubah, tetapi dalam keadaan tidak mahu berubah, mereka boleh membuat strategi untuk memastikan bahawa negeri-negeri tertentu yang mereka pegang dapat memberikan mereka kerusi parlimen majoriti. Contohnya, di Selangor, jika Perikatan Nasional berjaya mendapatkan kerusi majoriti parlimen pada PRU16.

Maka kesemua 22 poin Selangor dipegang. Kemudian, atas satu keajaiban, Perikatan dapat menang tujuh kerusi parlimen di Pulau Pinang, maka mereka dapat 13 poin. Jadi, jika Perikatan berjaya mendapatkan kerusi majoriti di Pahang, mereka akan memegang semua poin. Dengan menerusi strategi-strategi tertentu, tidak mustahil tiba-tiba pada PRU-6, Perikatan pula dapat jumlah poin majoriti. Namun, sukar untuk dicapai. Saya telah mengira dan membuat congakkan, ia memang sukar. Sebab, apabila Anwar mengadap, kita perlu tahu sama ada ikut sistem poin atau tidak. Jika ikut sistem poin, Anwar mengadap, dia terus boleh mengumumkan Sabah dan Sarawak. Sekarang, dia telah banyak berbuat untuk Sabah dan Sarawak. Saya percaya Sabah dan Sarawak akan bersama dengannya, melainkan UMNO kata mereka nak bersama Perikatan. Itu cerita lain, jika UMNO kata mereka nak bersama Perikatan, Sabah dan Sarawak mungkin ikut serta. Jadi, situasi ini sukar. Inilah sistem poin yang saya cadangkan dalam keadaan parlimen tergantung. Sistem poin ini banyak membantu daripada habis pilihan raya sehingga parlimen bersidang. Dari satu sudut, ia tidak membawa beza kerana yang dipertanggungjawab tetap ada kuasa budi bicara mutlak. Terima kasih kerana menonton! Dapat kurang kerusi daripada PH pun, Yang di-Pertuan Agong masih boleh melantik seorang dari Perikatan kerana pada hemat Seri Paduka Baginda Tuanku, orang itu mungkin mendapatkan sokongan majoriti. Namun, ini mengurangkan polemik dan pertelingkahan. Sebagai contoh, katakan Anwar dari PH dapat 100 poin, manakala Perikatan dapat 15 poin.

Dia boleh mengisytiharkan kami mempunyai 115 poin. Jadi, oleh kerana terdapat pindaan dan perlembagaan, perkara ini sudah didefinisikan dalam perlembagaan, jadi kerja Agung menjadi lebih mudah dan tidak perlu bimbang tentang sebarang pertikaian. Mereka ini mempunyai 112 poin dan saya ingin melantik dia. Satu lagi kebaikan sistem poin ini adalah ia menggalakkan semua parti untuk memberi perhatian kepada semua negeri. Contohnya, Perikatan Nasional walaupun cuba menembusi Pulau Pinang, tidak semestinya mahu mendapatkan majoriti kerusi parlimen di Pulau Pinang. Penumpuan mereka, walaupun ada di Pulau Pinang, adalah kurang berbanding dengan Selangor kerana mereka lebih yakin dengan Selangor daripada Pulau Pinang. Tetapi dengan sistem poin ini, semua parti akan berusaha keras untuk diterima di semua negeri kerana mereka ingin mengumpul seberapa banyak poin yang boleh. Mereka tahu jika mereka berjaya mendapatkan kerusi daripada lawan mereka, mereka boleh mendapatkan semua poin dari negeri tersebut. Oleh itu, di peringkat Dewan Rakyat, perwakilan rakyat dari setiap negeri akan menjadi lebih terjamin oleh setiap parti. Perikatan juga akan berusaha keras dan mungkin dapat lebih banyak kerusi dari Pulau Pinang sebagai contoh. Dengan itu, perwakilan rakyat yang menyokong Perikatan Nasional di Dewan Rakyat akan meningkat. Kita tidak akan menghadapi situasi seperti sekarang, di mana kumpulan parti tertentu hanya menumpukan perhatian kepada negeri-negeri tertentu. Jadi, itulah formula yang saya cadangkan. Ini secara kasar, jika anda perhalusi dan bertanya soalan, saya akan menjawab. Semakin kita memahami konsep ini, semakin kita akan sedar bahawa ianya satu cadangan yang harus dipertimbangkan. Ini berbeza, tetapi ada elemen kesamaan dengan sistem yang digunakan di Amerika Syarikat.

Nah, awak boleh, memang tak sama, tapi ada sedikit kesamaan. Nah, awak boleh, memang tak sama, tapi ada sedikit kesamaan. Awak boleh kata sistem ini cacat, lagi-lagi semua sistem berasaskan demokrasi di semua negara, termasuk negara kita, ada kecacatannya. Ia tidak sebenar-benarnya mewakili demokrasi yang betul-betul bebas, yang betul-betul mewakili rakyat. Setiap satu sistem ada kecacatannya. Sistem yang kita ada pun ada kecacatannya. Kalau ada orang ajak saya bincang, kita boleh bincang.

Sistem di Amerika pun ada kecacatannya. Sistem yang kita ada pun ada kecacatannya, yang kalau ada orang ajak saya bincang, kita boleh bincang. Sistem di Amerika pun ada kecacatannya, ada baik dan buruknya. Sistem di India pun ada kecacatannya, baik dan buruknya. Di UK pun ada kecacatannya; tidak ada sistem yang sempurna dalam demokrasi-demokrasi. Malah, awak boleh hujahkan bahawa ini bukannya demokrasi dalam erti kata sebenar. Jadi, jika anda ada soalan, anda boleh bertanya kerana setakat ini, jika anda ada soalan, anda boleh bertanya. Sebab setakat ini, saya tidak lihat apa-apa soalan.

Ada soalan, tidak apa, tapi saya ingin gariskan di sini; berhentilah dengan penyatuan Melayu ini, berhentilah perjuangan penyatuan yang dilaungkan oleh pemimpin ini semua. Ia tidak ikhlas, dan berkepentingan serta fokus kepada agenda sebenar. Jika anda ingin melakukan sesuatu untuk negara, anda perlu kuasa. Itu memang sudah disedari oleh PAS. Jadi, apa yang harus anda lakukan? Saya rasa generasi muda, khususnya, mereka bukan bodoh lagi.

Kita bincang dengan ramai. Daripada 10 contoh, budak Melayu yang muda ini, 8 akan beritahu bahawa sokong Perikatan juga akan beritahu mereka tahu penyatuan Melayu ini semua dijaja. Jadi, hentikanlah. Jangan bohong. Fokus kepada apa yang penting. Do you want to be in power or not? Jika anda mahu berkuasa, tetapi anda terus lembab macam ini, sampai Muhyiddin boleh keluar kenyataan-kenyataan ini dan sebagainya. Kemudian, anda tidak suka Muhyiddin, tetapi ya, macam perempuan yang malu nak jaga hati Muhyiddin. Awak akan gagal. Memang sudah gagal pun. Makin gagal. Jadi, hentikanlah naratif buang masa yang sekaligus akan menakut-nakutkan bukan Melayu. Perjuangkan agama, bangsa, dan negara itu wajib, tetapi juga tampilkan diri sebagai parti untuk semua dan ubah kepimpinan.

Dan sudah tiba masanya untuk menyatakan pendirian. Secara tegas, siapa calon Perdana Menteri Perikatan? Dan sekiranya ingin berjaya, awak pun sudah tahu, PAS pun sudah tahu calonnya, secara wajib bukan Muhyiddin Yassin. PAS pun sudah tahu, Hadi pun sudah tahu, Tuan Ibrahim pun sudah tahu, dalam Bersatu ramai sudah tahu. Calonnya bukan Muhyiddin. Baiklah. Jangan buang masa umat.

Jangan buang masa rakyat. Jangan berretorika lagi; penyatuan penting demi umat. Saya terkejut kerana sampai hari semalam ada satu artikel dari Hadi. Benda itu semua kita tahu. Kalau awak cerita secara umum tentang perlunya penyatuan, saya setuju.

Tapi awak presiden parti. Jadi semua yang awak cerita akan diterjemahkan sebagai kenyataan politik. Jika awak hendak bercerita dari sudut kacamata Islam, maka berundurlah dari jawatan presiden sebelum bercerita tentang perkara itu. Orang kata itu tidak boleh, hadir dengan cerita dari perspektif Islamik, ya, ok, jadi berhentilah. Buang masa, buang masa. Dan saya nak galakkan orang Melayu berfikir, ya. Sehingga kita berjumpa di lain masa, Assalamualaikum, salam sejahtera, salam kuasa ketiga. Terima kasih.